Cerita Auto

Daihatsu DN Compagno – coupe untuk golongan senior aktif

Nama Daihatsu mungkin tidak segah pengeluar-pengeluar kenderaan Jepun yang lain, namun kepakarannya dalam menghasilkan kenderaan kompak tidak boleh dipertikaikan. Di acara Tokyo Motor Show 2017, jenama itu akan mempersembahkan DN Compagno, sebuah kereta konsep berasaskan model Compagno dari tahun 1963.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut Daihatsu, DN Compagno adalah kereta coupe empat pintu yang dibangunkan khas untuk golongan senior yang aktif. Reka bentuknya yang unik adalah hasil daripada gabungan elemen retro dan moden, manakala garis bumbung yang menjunam di belakang adalah ciri yang wajib ada pada kereta coupe.

daihatsu-concepts-tokyo-motorshow_171006017 copy

Bahagian kabin tampil jauh lebih futuristik dan sporty dengan papan pemuka berbentuk V dan jalur merah di setiap pelusuk. Konsol tengah menjadi perumah kepada dua skrin paparan – navigasi di atas, kawala pendingin hawa di bawah. Terletak di hadapan perehat tangan adalah tombol kawalan paparan.

daihatsu-concepts-tokyo-motorshow_171006014 copy

DN Compagno dijana oleh enjin pengecas turbo 1.0-liter, namun Daihatsu mengesahkan ia turut boleh dipadankan dengan rangkaian kuasa hibrid 1.2-liter.

 

 

Previous post

Honda Malaysia Memperkenalkan Advanced Ultra Body Coating Untuk Kilat Yang Tahan Lama

Next post

Toyota Lancar Inisiatif Korporat “Start Your Impossible”

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *