Aksesori / Produk / Alatan / Minyak

Continental Tyre Malaysia lancarkan tayar MaxContact MC6

Continental Tyre Malaysia telah melancarkan tayar baharu MaxContact MC6, yang merupakan produk Generasi 6 ketiga bagi jenama itu selepas UltraContact UC6 dan ComfortContact CC6.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dibangunkan menjadi tayar yang lebih sporty berbanding MC5, MC6 dikatakan mempunyai peningkatan yang ketara dalam aspek pengendalian, brek serta perbatuan dengan adanya teknologi dari Jerman.

Continental MC6 02

Antara teknologi yang digunakan adalah reka bentuk bunga pelbagai fungsi yang meningkatkan cengkaman sambil mengurangkan jarak membrek dalam keadaan basah dan kering. Ia juga dilengkapi dengan bar penstabil yang berfungsi menstabilkan blok di bahagian bahu tayar bagi membentuk satu unit yang teguh.

Continental MC6 09

MC6 menggunakan polimer pelekat di dalam kompaunnya yang memberikan cengkaman dan keselamatan menerusi penyesuaian kepada pelbagai jenis permukaan jalan.

Continental MC6 07

Ketika mengambil selekoh dengan laju, kekukuhan bahan lapisan Xtreme-Force mampu mengurangkan fleksi tayar sekaligus memberikan kawalan maksimum. Pada kelajuan rendah, lapisan adaptif tersebut mengekalkan kelenturannya untuk memastikan perjalanan yang selesa.

Continental MC6 03

Untuk lebih keselesaan, MC6 turut menampilkan satu ciri yang dikenali sebagai Noise Breaker 2.0 yang pada asasnya berfungsi memecahkan gelombang hingar yang mengalir melalui alur tayar.

Continental MC6 06

Dihasilkan di kilang Continental di Alor Setar, Kedah, tayar MC6 boleh didapati dalam pelbagai saiz dari 16 hingga 20 inci. Harga bagaimanapun masih belum diumumkan.

Continental MC6 21

Continental MC6 20

Previous post

Ford Mungkin Persarakan Focus & Fiesta Untuk Lebih Trak & SUV

Next post

Renault di Sunway Velocity Minggu Ini. Tawaran Daripada RM89,888

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *