Sukan

Cal Crutchlow bertemu peminat sempena MotoGP Grand Prix Malaysia

Bersempena dengan perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia di Sepang pada hujung minggu ini, penunggang LCR Honda iaitu Cal Crutchlow sempat meluangkan masa untuk bertemu kira-kira 200 peminat bertuahnya dalam satu acara anjuran Castrol.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Ini adalah kali pertama kami mengaturkan sesi ‘meet and greet’ bagi peminat MotoGP di Malaysia. Sebahagian daripada peminat di sini adalah pemenang dari pertandingan Facebook yang kami anjurkan lebih awal,” kata Keow Mei-Shan, Pengarah Pemasaran Malaysia dan Singapura.

Crutchlow yang berusia 32 tahun memulakan kariernya sebagai penunggang superbike profesional. Ketika masih bergelar rookie, beliau pernah memenangi perlumbaan British Supersort pada tahun 2006 dan Supersport World Championship tiga tahun kemudian.

Pelumba dari England itu menyertai pasukan LCR Honda pada tahun 2015, di mana beliau menghabiskan kejohanan MotoGP dengan kedudukan kelapan keseluruhan. Pada tahun lalu, beliau menjadi pelumba British pertama yang memenangi perlumbaan Grand Prix Australia.

Crutchlow kini menduduki tangga kesembilan dalam kedudukan dengan kejohanan masih berbaki dua perlumbaan bagi musim ini.

Pasukan LCR Honda menggunakan minyak pelincir Castrol POWER1 Racing 4T dengan teknologi perlumbaan yang mengurangkan geseran pada bahagian dalaman enjin walaupun ketika berlumba. Penggunaan Trizone Technology pula memastikan perlindungan terbaik untuk enjin, klac dan kotak gear.

 

Previous post

Grab mulakan kempen 'Better 365' untuk meningkatkan manfaat pemandu

Next post

MForce Bike Holdings lancar Benelli Leoncino dan 3 motosikal Keeway

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *