Gaya Hidup

BMW Malaysia jadi Rakan Automotif Rasmi acara CIMB Classic 2017 untuk Lapan Tahun Berturut-turut

BMW Malaysia sekali lagi menjadi Rakan Automotif
Rasmi untuk CIMB Classic. Pengeluar kenderaan premium itu mengadakan majlis
penyerahan rasmi kunci kereta yang dilengkapi sistem BMW iPerformance. Terdiri
daripada model BMW 740Le xDrive, BMW X5 xDrive 40e dan BMW 330e Hybrid
dengan teknologi eDrive, ia menjadi kenderaan rasmi yang signifikan buat semua
pemain, pegawai serta VIP dalam acara CIMB Classic 2017 yang bakal diadakan di
Kuala Lumpur minggu ini.
Pada majlis penyerahan tersebut, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW
Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Sejak tahun lalu, rangkaian kenderaan
premium dan mewah kami sememangnya sinonim dengan acara gaya hidup yang
paling berprestij dan penting dalam negara. CIMB Classic ialah pertandingan golf paling
berprestij di Malaysia. BMW Malaysia berbesar hati untuk menjadi rakan premium
pertandingan ini sejak dari mula lagi, bekerjasama secara berpasukan untuk
menjadikannya semakin berpengaruh.”
CIMB Classic 2017 tahun ini melibatkan sembilan juara Major, 10 ahli pasukan
Presidents Cup, 15 orang pemain daripada 50 orang pemain teratas dalam Ranking
Rasmi Golf Dunia dan 18 orang pemenang daripada musim PGA TOUR 2016-17.
Pemain-pemain utama yang telah mengesahkan penyertaan mereka dalam CIMB
Classic 2017 ialah Keegan Bradley, Stewart Cink, Jason Dufner, Lucas Glover, Davis
Love III serta bintang golf Afrika Selatan seperti Ernie Els, Louis Oosthuizen, Charl
Schwartzel dan Justin Thomas. Mereka semua telah melalui musim yang
mengagumkan dengan lima kemenangan, termasuklah kemenangan utama dalam
acara PGA Championship dan FedExCup yang berlangsung pada Ogos lalu.

BMW Image 2

Pemain terkenal lain yang bakal beraksi di Kuala Lumpur ialah pemain ke-15 dunia,
Paul Casey dari England; pemain ke-19 dunia, Rafa Cabrera Bello dari Sepanyol; juara
Ryder Cup Eropah, Ian Poulter; bintang Afrika Selatan, Branden Grace dan pemenang
THE PLAYERS Championship musim ini, Si Woo Kim dari Korea Selatan.
Sepanjang pertandingan ini, BMW Malaysia turut menampilkan model BMW 430i M
Sport, BMW X1 sDrive20i, BMW X5 xDrive40e, BMW 740Le xDrive dan BMW 330e di
TPC Kuala Lumpur. Sementara itu, BMW 740Le xDrive Hybrid serba baharu
dengan teknologi eDrive yang ditawarkan pada harga RM598,800.00 menjadi
hadiah hole-in- one.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun
menyerahkan kunci jentera BMW iPerformance secara rasmi kepada Ketua Pegawai
Eksekutif, Pengurusan Aset dan Pelaburan Kumpulan CIMB Group, Effendy Shahul
Hamid.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Untuk maklumat lanjut mengenai CIMB Classic 2017, sila layari laman web: www.cimbclassic.com. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BMW Group Malaysia, sila layari laman web: www.bmw.com.my.

 

 

Previous post

Yamaha Y15ZR SE GP Edition 2017 - RM8,891

Next post

Toyota di Tokyo Motor Show 2017

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *