Gaya Hidup

BMW Excellence Club khas untuk pemilik 7 Series

BMW Group Malaysia telah memperkenalkan BMW Excellence Club, satu program keahlian dan kesetiaan pelanggan untuk semua pemilik 7 Series baharu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Berikutan pengenalan 740Le xDrive pada awal tahun ini, program keahlian eksklusif ini membolehkan pemilik baru dan sedia ada 7 Series menikmati pelbagai keistimewaan seperti program concierge khas, menghadiri acara tertutup, perkhidmatan valet eksklusif di beberapa lokasi terkenal seluruh negara, keutamaan penjadualan temu janji di premis-premis elit dan akses ke lounge premium.

BMW (8)

BMW baru-baru ini menjemput para pelanggan mereka ke beberapa acara unik seperti menerbangkan tujuh pasangan menggunakan helikopter di Kuala Lumpur pada waktu senja untuk menikmati pengalaman Mono Kuala Lumpur. Di samping menawarkan pengalaman tidak ternilai dengan rakan premium Hugo Boss.

BMW (6)

“BMW Excellence Club melengkapkan serta meningkatkan penanda aras program BMW WhiteCard dan BMW BlackCard yang diberikan kepada semua pelanggan BMW dan MINI,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun.

Tambah beliau lagi, pelanggan BMW dan MINI di Malaysia boleh mengharapkan lebih banyak acara menarik di dalam negara beberapa bulan lagi.

Previous post

Berakhirnya era Volkswagen Scirocco

Next post

The Extreme G500 4X4² Akan Berhenti Pengeluaran Tidak Lama Lagi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *