Berita Auto

Berakhirnya era Volkswagen Scirocco

Volkswagen telah menghentikan pengeluaran Scirocco selepas 43 tahun ia berada di pasaran. Menurut laman web Jerman pengeluar itu, Scirocco tidak lagi boleh ditempah dengan spesifikasi individu. Bagaimanapun, unit yang telah siap dipasang dan dikeluarkan masih boleh dibeli.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Direka oleh pereka terkenal Georgette Giugiaro, hatchback coupe itu membuat kemunculan pertamanya pada tahun 1973 sebagai pengganti kepada Karmann Ghia, model Volkswagen yang kedua selepas Beetle.

Model generasi kedua dijual dari 1981 hingga 1992, sebelum pengeluarannya dihentikan dan digantikan dengan Corrado. 14 tahun kemudian, nama Scirocco muncul kembali menerusi kereta konsep Iroc, yang akhirnya bertukar menjadi Scirocco generasi ketiga pada tahun 2009.

Pada tahun yang sama, Volkwagen turut memperkenalkan Scirocco R, varian berprestasi yang mempunyai 265 PS dan 350 Nm daripada enjin 2.0-liter FSI. Versi facelift dilancarkan pada tahun 2014 dengan beberapa kemaskini dari segi luaran dan dalaman. Pada tahun 2015, Scirocco GTS membuat kemunculan di Shanghai Motor Show.

 

 

Previous post

Kempen 'Drive On' baharu dari Shell Helix Ultra

Next post

BMW Excellence Club khas untuk pemilik 7 Series

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *