Cerita Auto

Aston Martin DB11 Volante didedahkan

Selepas memperkenalkan model flagship mereka iaitu DB11 tahun lalu, Aston Martin kini telah mendedahkan versi bumbung terbuka yang dikenali sebagai DB11 Volante. Model tersebut akan dilancarkan ke pasaran pada suku pertama 2018 dengan harga £159,900 (RM893,512).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

DB11 Volante menggunakan platform aluminium yang sama dengan DB11 coupe, namun hanya ditawarkan dengan enjin AMG 4.0-liter V8 dwi-turbo yang menghasilkan 510 PS dan 675 Nm tork – tiada enjin V12 ditawarkan bagi versi ini. Kuasa disalurkan oleh transmisi automatik lapan kelajuan ke gandar belakang, di mana limited slip differential digunakan.

DB11Volante25-jpg

Aston Martin menggunakan bumbung fabrik yang mempunyai lapan lapisan bagi melindungi penumpang dari bunyi angin serta pancaran matahari. Ia mengambil masa 14 saat untuk dibuka sepenuhnya di belakang tempat duduk belakang dan 16 saat untuk ditutup. Proses ini boleh dilakukann semasa berhenti atau ketika kereta sedang bergerak sehingga 50 km/j.

DB11Volante12-jpg

Bagi memastikan bumbung tersebut benar-benar lasak, ia telah melalui ujian sehingga 100,000 kitaran di dalam kebuk cuaca khas yang direka untuk mensimulasikan penggunaan selama 10 tahun dalam tempoh sebulan.

DB11Volante14-jpg

Berbanding model coupe, DB11 Volante mempunyai berat tambahan sebanyak 115 kg menerusi pengukuhan tambahan yang dilakukan pada struktur kenderaan. Bagaimanapun, ia masih 26 kg lebih ringan dan lima peratus lebih tegar berbanding model convertible terdahulu iaitu DB9 Volante. Ruang but juga membesar sebanyak 20% berbanding DB11 coupe.

DB11Volante04-jpg

Prestasi bagaimanapun tidak jauh berbeza dengan DB11 coupe yang dilengkapi dengan enjin V8. Kelajuan maksimum kekal pada 300 km/j, manakala masa pecutan dari 0 hingga 100 km/j adalah 4.1 saat, hanya 0.1 saat lebih perlahan.

Previous post

Great Wall Motors China Akan Mula Membina Mini & BMW?

Next post

Dream Chaser Dan Cabaran Vios: Bersama-sama Mengembalikan Motorsport

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *