Gaya Hidup

Acara berbasikal Jelajah Malaysia dimulakan hari ini

Kejohanan basikal tertua Asia iaitu Jelajah Malaysia, telah memulakan edisi ke-53 di ibu pejabat UMW Toyota Motor di Shah Alam pada pagi ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

20 pasukan memulakan usaha mereka untuk memenangi acara selama lima hari itu yang menyaksikan pelumba bertanding di lima peringkat kompetitif melalui tiga negeri iaitu Selangor, Perak dan Kedah.

Upacara ‘flag off’ pagi ini disempurnakan oleh YBhg Datuk Seri Halim Samad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Penasihat Jelajah Malaysia; YB Amirudin Shari, Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan; dan Akio Takiyama, Naib Pengerusi UMW Toyota Motor Sdn Bhd.

???????????????????????????????

Ia turut disaksikan oleh YBhg Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara; YBhg Datuk Mohd. Nazifuddin Najib, Pengerusi Jelajah Malaysia; YBhg Datuk Abu Samah Abdul Wahab, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia; dan Ravindran K, Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd.

Aktiviti riadah berbasikal amat popular di kalangan pengurusan dan kakitangan UMW Toyota Motor. Kelab Berbasikal Toyota kini mempunyai lebih daripada 300 ahli yang terlibat secara aktif dalam pelbagai acara berbasikal di pelbagai lokasi di seluruh negara.

???????????????????????????????

Selain menikmati rangkaian jalan raya yang baik, landskap yang indah dan kawasan yang mencabar, ahli-ahli Kelab Berbasikal Toyota turut membantu menyebarkan mesej keselamatan jalan raya dan keperluan untuk berkongsi jalan dengan bertanggungjawab.

Acara Jelajah Malaysia tahun ini diadakan dari 3 hingga 7 Oktober 2017 dengan Alor Setar sebagai destinasi terakhir. Ia menampilkan 20 pasukan, termasuk sembilan dari Malaysia, dengan 132 pelumba dari dalam dan luar negara.

Previous post

Singapore Airlines Dan Grab Memasuki Persetujuan

Next post

Ini Dia Honda Accord Gen 10

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *