Cerita Auto

Volvo XC40 pesaing terbaru GLA, X1 dan Q3

Volvo mengumumkan kehadirannya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran XC40 – model SUV ketiga bagi jenama itu selepas XC90 dan XC60.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Berbeza dengan rakan-rakan sejenamanya yang lebih besar, XC40 adalah kenderaan Volvo pertama yang dibina berasaskan platform CMA yang turut akan digunakan bagi pembikinan model-model 40 Series pada masa depan. Platform ini adalah hasil usahasama Volvo dan Geely.

213043_New_Volvo_XC40_exterior

Pada awal peringkat pelancaran, Volvo menyediakan beberapa pilihan rangkaian kuasa termasuk enjin diesel D4, petrol T5 Drive-E dan enjin tiga silinder baharu. Ia akan diikuti dengan rangkaian kuasa hibrid dan elektrik, namun setakat ini tiada tarikh pelancaran diberikan.

?????????????????????????

XC40 membawa teknologi yang terdapat pada model 90 Series dan 60 Series dan ini termasuk ciri-ciri Pilot Assist System, City Safety, Run-off Road Protection and Mitigation, Cross Traffic Alert with Brake Support serta kamera 360 darjah bagi memudahkan kenderaan diparkir di ruang-ruang sempit.

?????????????????????????

Selain susun atur yang hampir sama dengan XC90 dan XC60, model terbaru ini turut menampilkan lebih banyak ruang storan untuk kemudahan penumpang. Antaranya di bahagian pintu dan bawah kerusi, selain dari ruang khas untuk mengecas telefon termasuk pengecas induktif, cangkuk untuk beg kecil dan tong sampah.

?????????????????????????

Dengan XC40, Volvo juga memperkenalkan perkhidmatan langganan ‘Care by Volvo’ yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti mencuci, mengisi minyak dan menghantar ke pusat servis.

Previous post

BMW 6 Series Gran Turismo, GT Yang Anda Tunggu-Tunggu

Next post

Kajian Reka Bentuk C-HR Hy-Power dari Toyota

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *