Cerita Auto

Toyota C-HR Akan Terus Dipamerkan Sepanjang Bulan September

Toyota C-HR telah menerima sambutan baik daripada orang ramai ketika ia dipamerkan di pelbagai lokasi termasuk bilik-bilik pameran Toyota terpilih, pusat membeli-belah serta di Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) yang diadakan di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada bulan lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bagi mengekalkan momentum serta menarik minat orang ramai, model tersebut akan terus dipamerkan sepanjang bulan September di lokasi-lokasi terpilih seperti yang tertera di bawah:

Tarikh Venue
6 – 10 Sept One Utama (LG Oval)
12 – 17 Sept AEON Tebrau Johor Bahru (Centre Court)

SUV kompak itu dikuasakan oleh enjin 1.8-liter Dual VVT-i yang dipadankan dengan CVT. Selain daripada kabin yang mewah, ia turut menampilkan ciri-ciri seperti Rear Cross Traffic Alert (RCTA), lampu lopak pada cermin sisi, lampu hadapan dengan fungsi Follow-me-Home.

Untuk maklumat lanjut, layari www.toyota.com.my dan laman Facebook Toyota Malaysia. Mereka yang berminat boleh juga boleh mendaftar untuk mendapatkan kemaskini berkenaan model tersebut.

 

Previous post

Ford Ecosport Dapat Penampilan Yang Lebih Agresif & ... 4 × 4

Next post

Brabus Rocket 900 - Convertible Terpantas Dunia?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *