Cerita Auto

Toyota buka tempahan Innova, Fortuner dan Hilux

Bermula hari ini, orang ramai yang berminat boleh mula membuat tempahan untuk varian-varian terbaru iaitu Toyota Innova 2.0X dan Fortuner 2.4 VRZ 4×4 dan 4×2, serta Hilux baharu. Ketiga-tiga model dipasang di kilang UMW Toyota Motor di Shah Alam, Selangor.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Harga bagi Innova 2.0X bermula dari RM107,800; Fortuner dari RM169,800; dan Hilux dari RM87,200.

Secara amnya, kelengkapan Innova 2.0X adalah setanding dengan 2.0G, namun ia dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan seperti lampu LED, kemasan kulit di dalam kabin, kerusi pemandu boleh laras 6 cara, tempat duduk kapten di barisan kedua serta rim aloi yang lebih besar.

Seperti lain-lain varian Innova, 2.0X mendapat pengiktirafan 5 bintang ASEAN NCAP. Ia mempunyai tujuh beg udara, Vehicle Stability
Control (VSC), Hill-start Assist Control (HAC), Emergency Stop Signal (ESS), ABS dengan Electronic Brakeforce Distribution danBrake Assist.

Bagi Fortuner pula, dua varian terbaru itu berada di antara varian tertinggi 2.7 SRZ 4×4 dan 2.4 4×4, menjadikan enam varian kesemuanya. Ia dikuasakan oleh enjin turbodiesel 2.4-liter seperti sebelum ini.

fortuner 34 front

 

Seperti Fortuner 2.7 SRZ 4×4, varian VRZ didatangkan dengan kelengkapan tambahan seperti lampu projektor bi-LED, Vehicle Stability Control (VSC), pendingin hawa automatik, tempat duduk kulit, tujuh beg udara serta pintu belakang kuasa yang boleh dibuka dengan hanya menekan butang.

Selain itu, ia juga menampilkan lampu kabus LED, brek cakera belakang, Cruise Control dan Downhill Assist Control (DAC) yang hanya boleh didapati pada versi 4×4.

Demi memenuhi permintaan ramai, Toyota juga telah menambah Cruise Control, pendingin hawa automatik, port pengecas USB dan lubang udara pendingin hawa di bahagian belakang kabin.

Sementara itu, Hilux 2.8G, 2.4G AT dan 2.4G manual kini mempunyai Vehicle Stability Control (VSC), Hill-start Assist Control (HAC) dan Active Traction Control (A-TRC). Selain itu, DAC juga disertakan sebagai ciri standard pada Hilux 2.8G. Ciri keselamatan juga dipertingkatkan dengan tujuh beg udara bagi varian 2.4G AT.

Hilux IMP (OT Press Release)

UMW Toyota Motor menawarkan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan bagi setiap pembelian kecuali Hilux yang mempunyai had perbatuan 150,000 km.

 

Previous post

Institusi Pengajian Tinggi berganding bahu dengan industri bagi menyediakan graduan untuk budaya kerja korporat

Next post

Kenapa Ramai Suka Sangat Honda BRV Ini?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *