Motosikal / Lain Lain Roda

Siri jelajah tunggang uji Kawasaki di Johor Bahru hujung minggu ini

Berita baik untuk peminat motosikal di Johor. Siri jelajah pandu uji Kawasaki akan diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru pada hujung minggu dan Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pertama sekali, jangan lepaskan peluang untuk menunggang uji pelbagai model Kawasaki seperti Versys 650 ABS, Versys-X 250, Z 900 SE ABS, Z 650 ABS dan Ninja 650 ABS.

Mereka yang ingin menunggang uji mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, memiliki lesen motosikal yang sah dan memakai seluar panjang serta kasut. Setiap peserta akan menerima kupon cabutan bertuah yang sah pada hari acara untuk berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

_DSC9754

KMSB juga akan mempamerkan beberapa model superbike termasuk replika motosikal Ninja ZX10R WSBK yang memenangi Kejohanan Superbike Dunia pada tahun 2013, 2015 dan 2016. H2 Supercharged, salah satu motosikal terlaju dunia, turut menanti pengunjung.

_DSC9437

Pemilik superbike Kawasaki juga boleh menghantar motosikal mereka untuk penyelenggaraan dan pemeriksaan yang dilakukan oleh kakitangan Kawasaki Exclusive Service Centre (KESC) yang terlatih.

_DSC9272

Selain itu, pengunjung juga boleh mendapatkan produk-produk dan tawaran menarik dari rakan-rakan kongsi KMSB iaitu Shoei, Alpinestas dan Bridgestone. AEON Credit Services dan Tokio Marine Insurance juga akan berada di sana sebagai penyedia nasihat kewangan.

Previous post

Defender Klasik 4 × 4 Mengekalkan Pengeluaran

Next post

Tawaran Istimewa Tiga Unit Kenderaan Elektrik Sepenuhnya Renault ZOE Sempena Hari Sifar Emisi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *