Berita Auto

Siri jelajah ‘The Nation’ MINI

Bagi meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60, MINI Malaysia menganjurkan siri jelajah ‘The Nation’ MINI yang menyingkap aspek sejarah, budaya dan kemodenan Malaysia, di samping meraikan warisan, prestasi dan inovasi yang dicapai oleh MINI.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Siri jelajah yang bermula pada 22 September hingga 3 Disember 2017 itu menampilkan sesi pandu uji khas kenderaan MINI baharu serta hadiah dan tawaran istimewa dengan rebat yang tinggi dan kadar faedah rendah. Tidak terkecuali, tawaran Hari Malaysia dengan rebat sebanyak RM6,000 untuk MINI dengan warna Jalur Gemilang.

Orang ramai yang berminat juga boleh mendapatkan pelan Pembiayaan MINI termasuklah pakej Straight Line, Balloon dan bayaran Kitaran Penuh di mana anda boleh memiliki sebuah MINI bermula RM1,970 sebulan.

Tambahan pula, pelanggan yang membeli Cooper S 5 Door pada siri jelajah ini layak mendapat MINI JCW Pro Boost Kit pada harga tambahan RM10,000 termasuk pemasangan, jauh lebih rendah berbanding harga asalnya iaitu RM26,000. Ini menjadikan harga keseluruhan model itu RM249,888.

MINI JCW Pro Boost Kit merangkumi rim aloi JCW Pro Cross-Spoke 506 bersaiz 18 inci, kit talaan JCW Pro dan sistem peredam injap JCW Pro. Prestasi enjin juga melonjak dari 192 hp ke 211 hp dan dari 280 Nm ke 300 Nm.

Ia ditawarkan dalam lima warna tradisi MINI – merah (Blazing Red), hijau (British Racing Green), putih (Pepper White), perak (White Silver) dan oren (Volcanic Orange).

Lokasi dan tarikh siri jelajah ‘The Nation’ MINI adalah seperti berikut:

Lokasi Tarikh
  1.  
Paradigm Mall 22 Sep – 24 Sep 2017
  1.  
AEON Seremban 2 29 Sep – 1 Okt 2017
  1.  
Setia City Mall 6 Okt – 8 Okt 2017
  1.  
Gurney Plaza 13Okt – 15 Okt 2017
  1.  
Suria Sabah 20Okt – 22 Okt 2017
  1.  
Sutera Mall Johor 27 Okt – 29Okt 2017
  1.  
DesaParkCity 10 Nov – 1Nov 2017
  1.  
The Spring Kuching 17 Nov – 19 Nov 2017
  1.  
Sunway Velocity Mall 1 Dis – 3 Dis 2017

 

Previous post

Subaru WRX STI S208 hanya untuk pasaran Jepun

Next post

Kenapa Saya Perlu Servis Enjin Saya?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *