Cerita Auto

Porsche Panamera Turbo S E-Hybrid Sport Turismo Lebih Praktikal

Porsche terus meluaskan produknya dengan satu lagi model baharu iaitu Panamera Turbo S E-Hybrid Sport Turismo. Ia menggunakan rangkaian kuasa hibrid yang sama dengan Panamera Turbo S E-Hybrid yang diperkenalkan di Geneva Motor Show pada Februari tahun ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ini bermakna ia mempunyai kuasa keseluruhan sebanyak 680 hp dan 850 Nm yang terhasil dari gabungan enjin dwi-turbo 4.0-liter V8, motor elektrik serta transmisi lapan kelajuan PDK. Ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.4 saat, manakala kelajuan maksimum adalah 310 km/j. Ia bukan sahaja pantas, malah menjimatkan minyak dengan tahap penggunaan bahan api tiga liter bagi setiap 100 km.

high_panamera_turbo_s_e_hybrid_sport_turismo_2017_porsche_ag (1)

Dalam mod elektrik, kereta ini boleh dipandu sejauh kira-kira 49 km dan mencapai kelajuan maksimum 140 km/j. Kuasa bagi motor elektrik tersebut dibekalkan oleh pek bateri lithium-ion dengan kapasiti 14.1 kWh yang boleh dicas sepenuhnya antara 2 hingga 4 jam, bergantung kepada pengecas dan sambungan kuasa.

high_panamera_turbo_s_e_hybrid_sport_turismo_2017_porsche_ag (3)

Berbanding model sedan, kabin Panamera Sport Turismo menawarkan ruang lega kepala yang lebih luas menerusi garis bumbung yang lebih tinggi. Ia juga mempunyai ruang bagasi yang lebih besar iaitu 425 liter berbanding Panamera sedan dengan 405 liter.

high_panamera_turbo_s_e_hybrid_sport_turismo_2017_porsche_ag (6)

Selain itu, model ini juga menyediakan lima tempat duduk (termasuk pemandu) dengan susun atur 4+1. Kerusi belakang boleh dilipat sepenuhnya, menjadikan jumlah keseluruhan ruang bagasi 1,295 liter.

high_panamera_turbo_s_e_hybrid_sport_turismo_2017_porsche_ag (5)

Walaupun jelas dibangunkan sebagai kereta keluarga, Panamera Turbo S E-Hybrid Sport Turismo masih berjiwa sporty. Berikut adalah senarai kelengkapan standard bagi model ini:

  • Porsche Dynamic Chassis Control (PDCC Sport)
  • Porsche Torque Vectoring Plus (PTV Plus)
  • sistem brek Porsche Ceramic Composite Brake (PCCB)
  • rim aloi rekaan 911 Turbo bersaiz 21-inci
  • Power Steering Plus
  • pakej Sport Chrono
  • suspensi udara adaptif dengan Porsche Active Suspension Management (PASM)

 

 

Previous post

Audi RS4 Avant dan RS5 Coupe Carbon Edition

Next post

Seperti Yang Diharapkan Volvo XC40 Menjanjikan Penilaian Keselamatan Yang Tinggi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *