Berita Auto

Nissan NV350 Urvan dinaik taraf dengan ciri keselamatan baharu

Edaran Tan Chong Motor  (ETCM) telah melancarkan Nissan NV350 Urvan (High Roof) yang telah dipertingkatkan dengan ciri-ciri
keselamatan baru.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ciri-ciri baharu yang terdapat pada model ini termasuklah pelaras manual lampu utama dan lampu kabus belakang yang meningkatkan tahap pandangan apabila memandu pada waktu malam. Sementara pengehad kelajuan dipasang untuk memastikan had kelajuan iaitu 100km/j untuk kenderaan penumpang >12 tempat duduk di Malaysia dipatuhi. Turut ditambah baik ialah penutup tangki dengan kunci yang berupaya menghalang risiko kebakaran.

Prestasi NV350 Urvan datang daripada enjin pengecas turbo 2.5L YD25DDTi dengan teknologi diesel bersih and dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan untuk mencapai penjimatan tahap bahan api  11.2km/L berdasarkan kepada kitaran ujian JC08 Jepun.

02 Urvan_14-Seater

ABS, Brake Assist System, lampu berhenti yang dipasangkan pada posisi lebih tinggi dan kunci keselamatan kanak-kanak menjadi peralatan keselamatan standard manakala Nissan Zone Body Construction memaksimumkan perlindungan penumpang sekiranya berlaku kemalangan.

Harga di atas jalan (termasuk GST, tanpa insurans) dan tempoh jaminan bagi NV350 Urvan adalah seperti berikut:

JENIS PENDAFTARAN NISSAN NV350 URVAN TEMPOH JAMINAN (mana-mana tiba dahulu)
Semenanjung Malaysia (RM) Sabah (RM) Sarawak (RM) Pulau Langkawi (RM) Pulau Labuan (RM)
Peribadi Individu 122,000.00 123,900.00 123,900.00 112,200.00 113,000.00 5 tahun atau perbatuan sejauh  150,000km
Syarikat Individu 122,200.00 123,900.00 123,900.00 112,400.00 113,000.00
Syarikat Komersial 122,550.00 124,900.00 124,900.00 112,850.00 114,000.00 3 tahun atau perbatuan sejauh  100,000km

 

Previous post

Land Rover Experience Tour di Amerika Selatan - Pusingan Kelayakan Malaysia

Next post

Institusi Pengajian Tinggi berganding bahu dengan industri bagi menyediakan graduan untuk budaya kerja korporat

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *