Berita Auto

Nissan hasilkan 150 juta unit kenderaan

Nissan telah mencatat satu pencapaian penting dalam sejarahnya dengan 150 juta unit kenderaan yang dihasilkan di peringkat global setakat ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Diasaskan pada tahun 1933, Nissan mengambil masa selama 73 tahun untuk mencapai angka 100 juta pertama dengan 76.5% daripadanya dihasilkan di Jepun.

50 juta yang selebihnya dihasilkan dalam masa hanya 11 tahun iaitu dari 2006 hingga 2017. Berbeza dengan situasi pertama, 76.5% daripada kenderaan ini dihasilkan di luar Negara Matahari Terbit itu – kebanyakannya di Amerika Syarikat dan China.

Bagaimanapun, secara keseluruhannya Jepun masih menjadi negara pengeluar utama bagi Nissan dengan perkongsian sebanyak 58.9%, diikuti oleh Amerika Syarikat dengan 10.8%, China dan Mexico dengan 7.9%, United Kingdom dengan 6.2%, Sepanyol 2.4% dan lain-lain dengan 5.8%.

Previous post

Toyota 86 Edisi Khas "GR"

Next post

Mitsubishi Evo Akan Kembali Sebagai Crossover

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *