Berita Auto

Naza Italia buka bilik pameran Ferrari di Platinum Park, KL

Naza Italia, pengimport dan pengedar rasmi Ferrari di Malaysia, hari ini melancarkan bilik pameran kedua jenama itu yang terletak di Platinum Park, Kuala Lumpur.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sejumlah RM2.8 juta telah dilaburkan dalam pembangunan bilik pameran berukuran 3,115 kaki persegi itu. Terletak di aras bawah Tower 1, Platinum Park, bilik pameran itu mempunyai tiga ruang pameran kereta, ruang menunggu yang mewah serta bilik konfigurasi.

08_Ferrari Showroom @ Platinum Park

Naza Italia telah beroperasi di Petaling Jaya sejak sembilan tahun lalu. Namun dengan pertumbuhan perniagaan yang ketara, syarikat itu menyedari potensi untuk memperluaskan jangkauan Ferrari dengan bilik pameran tambahan di pusat bandar.

04_Ferrari Showroom @ Platinum Park

Syarikat itu juga telah mengubahsuai pusat servis Ferrari yang terletak di belakang bilik pameran Naza Italia di Petaling Jaya. Fasiliti itu dipertingkatkan mengikut garis panduan terbaru dari Ferrari dengan pelaburan sebanyak RM5 juta.

 

Previous post

10 Car Chase 80an Terbaik Yang Disenaraikan Donut Media

Next post

2.3 bilion Yen Dibelanjakan Untuk Menghasilkan Mazda CX-5 Terbaru Di Kulim

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *