Berita Auto

Lamborghini Aventador S Roadster Buat Kemunculan di Frankfurt

Lamborghini telah memperkenalkan Aventador S Roadster baharu di acara Frankfurt Motor Show 2017. Model ini didatangkan dengan ciri-ciri yang sama dengan Aventador S, kecuali ia mempunyai bumbung yang boleh dibuka untuk pengalaman memandu yang lebih mengujakan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dengan berat kurang dari 6 kg, panel bumbung Aventador S Roadster boleh dibuka secara manual dan disimpan di dalam but hadapan. Ia boleh didatangkan dalam beberapa kemasan seperti gentian karbon hitam matte, hitam berkilat atau gentian karbon berkilat.

483590

Berbanding dengan model coupe, Aventador S Roadster mempunyai bahagian belakang yang sedikit berlainan. Bilah enjin yang diperbuat daripada gentian karbon didatangkan dalam gabungan warna badan dan hitam matte secara standard, namun pemilik yang ingin menunjuk-nujuk enjin V12 yang tersimpan di bahagian belakang boleh mendapatkan bilah enjin lut sinar.

483582

Seperti sebelum ini, enjin 6.5-liter V12 itu menghasilkan 740 hp dan 690 Nm dan dipadankan dengan kotak gear ISR tujuh kelajuan. Walaupun mempunyai kelajuan maksimum yang sama dengan Aventador S coupe iaitu 350 km/j, model Roadster ini mampu memecut dari 0 – 100 km/j dalam 3.0 saat, 0.1 saat lebih perlahan.

483588

Previous post

Ini dia ABT TT RS-R Roadster 2017

Next post

Lebih 3,600 Peserta Bersaing Dalam Porsche Asia Pacific Driver of the Year 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *