Berita Auto

Kenderaan Rasmi Diplomatik Baharu China

Geely Auto (Geely) mengumumkan bahawa Biro Perkhidmatan Kementerian Luar Negeri China akan terus menggunakan model sedan daripada Geely, Geely GC9 sebagai kenderaan rasmi diplomatiknya. Sebanyak 50 unit Geely GC9 baharu diserahkan kepada Biro Perkhidmatan Diplomatik Beijing pada satu majlis penyerahan, yang mana kereta tersebut akan digunakan sebagai sebahagian daripada kenderaan rasmi diplomatik di China. Kereta-kereta tersebut turut akan digunakan ketika kunjungan rasmi dan untuk menjemput tetamu negara, diplomat, dan tetamu kenamaan ke China. Majlis telah dihadiri oleh Biro Perkhidmatan Diplomatik Beijing, Ketua Pengarah Yuan Weimin serta Presiden Geely Holding Group, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Geely Auto, An Conghui sebagai wakil organisasi masing-masing. Duta Besar Uruguay ke China, Duta Estonia ke China, dan wakil-wakil kedutaan yang lain yang akan menggunakan sedan Geely GC9 baharu tersebut turut    hadir di majlis penyerahan itu.

GC9 lineup

Sejak 2012, kerajaan China telah membuat beberapa siri pembaharuan bagi polisi
kereta rasmi dan mempromosikan secara aktif penggunaan jenama China untuk
kegunaan rasmi. Dengan pembaharuan ini, Geely GC9 telah dipilih oleh Biro
Perkhidmatan Diplomatik Kementerian Luar Negeri untuk digunakan sebagai
sebahagian daripada kenderaan rasmi diplomatik mereka di China. Pada 20 Mac 2015,
20 kenderaan diplomatik rasmi Geely GC9 yang pertama telah diserahkan, menandakan
pencapaian utama bagi promosi jenama automotif China.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Model GC9 milik Geely telah menjadi peneraju jualan di kalangan jenama China dalam
pasaran segmen sedan yang besar, mendapat kepercayaan dan sokongan lebih daripada
110,000 pemilik sejak memasuki pasaran dua tahun lalu. Sebahagian daripada kejayaan
model ini adalah disebabkan statusnya sebagai kenderaan rasmi diplomatik kebangsaan
serta pakejnya yang menjadi pilihan utama. Geely GC9 telah menjadi tanda aras bagi
jenama China dalam segmen D, sering mendahului pesaing antarabangsa dari segi
jualan. Model ini juga telah dipilih sebagai kereta rasmi untuk pelbagai acara
antarabangsa yang diadakan di China seperti G20 Hangzhou yang diadakan pada
September 2017 dan telah membantu mengubah persepsi “Buatan China”.
Geely GC9 adalah sedan keluaran pertama dalam barisan produk generasi 3.0 mereka.
Keseluruhan reka bentuknya menggabungkan estetika global dengan elemen-elemen
budaya dan sejarah China yang menjadikan kenderaan itu elegan dan dinamik. Geely
GC9 dilengkapi dengan sistem pintar premium, keselamatan, dan sistem hiburan yang
memberikan pengalaman pemanduan yang mengasyikkan, sambil memberikan
ketenangan fikiran dengan pelbagai ciri keselamatan aktif dan pasif.

From left is President and CEO Geely Auto Mr AN Conghui and Head of Beijing Diplomatic Fleet Mr Yuan Wei Min

Ketua Pengarah Biro Perkhidmatan Diplomatik Beijing, Yuan Weimin berkata: “Dua
tahun yang lalu, kami memilih Geely GC9 selepas mempertimbangkan dengan teliti
sebagai kenderaan rasmi diplomatik kami. Sejak itu, mereka telah menyelesaikan tugas
mereka dengan sempurna, sambil mempamerkan semangat Geely untuk kualiti dan
teknologi. Prestasi dan kebolehan kenderaan tersebut telah meningkatkan reputasi dan
kualiti perkhidmatan kami. Pengalaman kami dengan model Geely GC9 sebelum ini
telah memberi kami keyakinan kepada kekuatan Geely GC9 yang baharu. Biro
Perkhidmatan Diplomatik sekali lagi memutuskan untuk membeli Geely GC9 dan
menggunakannya sebagai kenderaan rasmi diplomatik dan kami berharap beroleh
pengalaman yang lebih baik dengan model baharu ini. ”
Sebagai model pertama untuk barisan Generasi Geely 3.0, Geely GC9 dilengkapi
dengan teknologi pemanduan terbaharu dari Geely iNTEC. Bagi model tahun 2018,
Geely GC9 telah menerima perubahan besar, pengendalian yang lebih baik, powertrain
baharu, dan prestasi NVH yang optimum. Peningkatan ini menghasilkan pengalaman
memandu yang lebih halus, selesa dan pintar, meningkatkan penanda aras sekali lagi
pada kualiti untuk jenama China.

Unveiling

Duta Uruguay ke China Fernando Lugris berkata: “Kami sebelum ini memilih Geely
GC9 sebagai kereta rasmi kami. Reka bentuk model China itu dengan ruang dalaman
yang luas, dan teknologi pemanduan pintar memberikan tanggapan yang sangat baik.
Jadi hari ini, kami sekali lagi memilih Geely GC9 baharu sebagai kereta rasmi kami.
Kami percaya Geely GC9 yang baharu merupakan contoh yang baik dalam kekuatan
dan gaya pembuatan automotif di China.”
Presiden Geely Holding Group, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Geely Auto
Group An Conghui berkata: “Geely Auto telah bertapak dalam industri automotif
selama lebih 20 tahun dan sepanjang masa kami komited terhadap dasar membangun
melalui teknologi dan inovasi sejajar dengan kehendak pasaran. Walaupun kebangkitan
jenama China tidak dapat dielakkan dengan dasar “Made in China 2025″, kami berharap
jenama China akan menggunakan pengaruh baharu mereka untuk meningkatkan daya
tarikan budaya China. Melihat kepada masa hadapan, kami akan melaksanakan lebih
banyak bekalan pembaharuan struktur dan menyampaikan produk dan perkhidmatan
berkualiti tinggi yang akan memenuhi permintaan pasaran yang semakin matang.”

Previous post

Shell Malaysia Berkongsi Teknologi Pengetahuan & Penyelesaian Penjimatan

Next post

TCEC Dan Renault Adakan Kempen Servis Brek & Peringatan Pandu Selamat

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *