Cerita Auto

Kajian Reka Bentuk C-HR Hy-Power dari Toyota

Satu pasukan di studio reka bentuk Eropah di Selatan Perancis telah mencipta penafsiran baru crossover C-HR untuk meneroka kemungkinan model hibrida berkuasa tinggi yang menyertai barisannya.

Sheet metal konsep ini adalah serupa dengan kereta pengeluaran sedia ada, dengan cat matte Karbon Gelap baharu di kebanyakan panel, anodised Burning Orange finish di tiang dan housing cermin, dan wrap berlapis di bumbung yang pudar dari oren hingga hitam.

Tema yang sama terus di bahagian dalam.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Semua ini bertujuan untuk menarik perhatian kepada powertrain hibrid baru yang bersembunyi di bawah kulitnya dengan ‘kuasa dan prestasi’ daripada sistem output gabungan 90kW yang terdapat dalam kenderaan hibrid TNGA sedia ada, Toyota Prius dan C-HR yang dijual di luar negara, walaupun tiada output khusus atau butiran teknikal telah dikeluarkan mengenai prestasi Hy-Power pada tahap ini.

 

Previous post

Volvo XC40 pesaing terbaru GLA, X1 dan Q3

Next post

Land Rover Discovery SVX Binaan Tangan Untuk Pelbagai Medan

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *