Motosikal

CMC lancarkan 2 motosikal baharu di Malaysia

Pengedar rasmi motosikal CMC di Malaysia iaitu Chear Global Sdn Bhd telah memperkembangkan barisan produk mereka dengan pelancaran dua model baharu – Ario 110 dan Italjet Buccaneer 250i.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ario 110

CMC

Bersaing dalam segmen yang sukar, Ario 110 menampilkan enjin empat lejang 107 cc silinder tunggal yang menghasilkan 6.4 hp pada 7,500 rpm dan 7 Nm pada 5,500 rpm. Kuasa disalurkan ke roda belakang melalui transmisi empat kelajuan.

CMC

Dengan berat hanya 105 kg, moped itu juga didatangkan dengan tangki minyak sebesar 4 liter, brek cakera hadapan, serta roda tempaan yang dibalut tayar tanpa tiub. Ia juga mempunyai ruang menyimpan barang sebesar 8.5 liter di bawah tempat duduk.

CMC

Boleh didapati dalam warna merah metalik dan hitam metalik, Ario 110 dijual pada harga RM3,988 tanpa GST dan pendaftaran.

Italjet Buccaneer 250i

CMC

Model cafe racer ini menggabungkan gaya klasik dengan teknologi moden. Ia dipacu oleh enjin V-twin 250 cc dengan 17.4 hp pada 8,000 rpm dan 19 Nm pada 6,000 rpm, serta transmisi lima kelajuan.

CMC

Kelengkapan standard yang boleh didapati pada Buccaneer termasuklah tangki minyak 14 liter, suspensi monoshock hidraulik di belakang, dan brek cakera bersaiz 280 mm di hadapan dan 240 mm di belakang.

CMC

Buccaneer akan memasuki pasaran bermula Oktober ini dengan harga RM15,500 tanpa GST dan pendaftaran. Ia ditawarkan dalam warna kuning emas, hitam dan hitam matte.

 

Previous post

Siri Kereta Sport Toyota "GR" Mungkin Datang ke Malaysia

Next post

Ford Ranger XL Standard trak pikap mampu milik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *