Motosikal / Lain Lain Roda

BMW Motorrad Nightfuel Pulau Pinang 2017 Hidupkan Semangat ‘Make Life A Ride’

Jalan di seluruh negara menuju ke Pulau Pinang meriah pada 9 dan 10 September lalu apabila lebih 100 orang penunggang motosikal serta peminat BMW Motorrad dari Semenanjung Malaysia sama-sama menunggang untuk menyertai acara BMW Motorrad Nightfuel di Pulau Pinang.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Penunggang dan peminat BMW Motorrad membentuk konvoi yang bergerak dari beberapa buah pengedar BMW Motorrad di seluruh negara seperti Wearnes Autohaus di Tebrau, Johor; Chear Motorrad dari Puchong dan Kuantan, Tan Siang Premium Auto dari Ipoh; El Chong dari Butterworth serta Auto Bavaria Glenmarie. Tidak terkecuali, kumpulan-kumpulan bermotosikal yang turut membentuk satu perhimpunan besar pada acara tersebut.

BMW Motorrad Nightfuel Ride (6)

“Saya percaya kami di BMW Motorrad Malaysia telah mencipta sejarah dengan acara di Pulau Pinang ini. Ia sememangnya satu momen yang cukup membanggakan buat kami. Walaupun hujan, acara Nightfuel tetap dihadiri oleh lebih 600 orang pengunjung. Anda memang menghidupkan semangat Make Life A Ride BMW Motorrad,” kata Ketua BMW Motorrad Malaysia, Owen Riley.

BMW Motorrad Nightfuel Ride (12)

BMW Motorrad Nightfuel Pulau Pinang 2017 menyaksikan pengeluar motosikal premium itu memperkenalkan empat buah motosikal baharu iaitu S1000RR, R1200GS, K1600 Bagger dan R nineT Urban GS. Acara itu turut dimeriahkan dengan persembahan secara langsung oleh kumpulan muzik tempatan, NRG atau lebih dikenali sebagai “Name, Reputation & Glamour.”

BMW Nightfuel Ride (16)

Previous post

VW Recall 4.86 Juta Unit Kereta Dengan Airbag Takata di China

Next post

Ini Dia Genesis G70, Jawapan BMW 3-Series Korea

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *