Berita Auto

BMW 530i M Sport versi CKD dilancarkan

BMW Group Malaysia hari ini melancarkan 530i M Sport sebagai model pemasangan tempatan (CKD) terbaharu di Malaysia. Sedan sport itu merupakan model ke-11 yang menyertai portfolio kenderaan pemasangan tempatan oleh BMW.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Varian pemasangan tempatan itu dilengkapi ciri-ciri utama yang sama seperti pakej M Sport yang merangkumi komponen aerodinamik, brek, rim aloi ringan, pedal khas serta stereng dibalut kulit.

BMW (5)

Ciri bantuan pemandu seperti Lane Departure Warning, Lane Change Warning, Approach Control Warning & Person Warning, Collision Warning, Park Assistant, BMW Display Key dan BMW Gesture Control turut ditawarkan pada model ini.

BMW (7)

Sedan ini dikuasakan oleh enjin Twin Power Turbo bersesaran 2.0-liter empat silinder dengan jumlah kuasa 252 hp dan 350 Nm tork. Dipadankan dengan kotak gear Steptronic Sport lapan kelajuan, sedan ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.2 saat, dengan kelajuan maksimum 250 km/j.

BMW (9)

Ia didatangkan dalam warna putih (Alpine White), biru (Mediterranean Blue), kelabu (Sophisto Grey), hitam metalik (Carbon Black Metallic) dan biru metalik (Bluestone Metallic). Uplhosteri dalaman boleh didapati dalam dua warna iaitu hitam (Black) dan coklat (Cognac).

BMW (14)

Harga runcit dengan insentif status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) bagi BMW 530i M Sport versi CKD adalah RM388,800.

Previous post

Mitsubishi Evo Akan Kembali Sebagai Crossover

Next post

Apakah Masa Depan Jeep di Malaysia?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *