Berita Auto

Auto Commerz Rakan Kongsi Niaga Terbaru Mercedes-Benz Malaysia

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini memperkenalkan rakan kongsi niaga terbaru mereka, Auto Commerz Sdn Bhd. Pengumuman itu dibuat di majlis pelancaran bilik pameran sementara Mercedes-Benz Auto Commerz Autohaus.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Auto Commerz Sdn Bhd merupakan sebahagian daripada Swire Group yang juga memasarkan kenderaan Mercedes-Benz di Taiwan. Bersama-sama dengan MBM, syarikat itu mensasarkan perbelanjaan melebihi RM10 juta bagi bilik pameran tersebut untuk dua tahun akan datang.

MBM-0603-Final

Seperti Autohaus yang lain, bilik pameran terbaru ini mematuhi Mercedes-Benz Presentation System II (MPS II) dan menampilkan identiti korporat terkini jenama dari Jerman itu. Selain daripada rangkaian aksesori dan barangan Mercedes-Benz, ia juga boleh memuatkan sehingga empat buah kenderaan untuk dipamerkan pada satu-satu masa.

MBM-0638b-Final

Bilik pameran Mercedes-Benz Auto Commerz Autohaus ini terletak di G-1, PV128, Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut, hubungi +603 8069 9077.

Previous post

Mitsubishi Perkenal Triton VGT AT GL di Malaysia

Next post

Land Rover Lancar Pertandingan Serantau Untuk Pengembaraan Enam Hari Peru

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *