Berita Auto

Audi RS4 Avant dan RS5 Coupe Carbon Edition

Audi telah memperkenalkan Carbon Edition bagi dua model berprestasi tingginya iaitu RS4 Avant dan RS5 Coupe. Ia mengandungi pelbagai komponen polimer bertetulang gentian karbon (CFRP) yang mampu mengurangkan berat sehingga 60 kg bagi RS4 Avant dan 80 kg bagi RS5 Coupe.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Antara komponen CFRP yang disediakan termasuklah spoiler depan, sambungan sill, cermin sisi serta diffuser. Sebagai tambahan, RS5 turut didatangkan dengan bumbung dan spoiler belakang yang diperbuat daripada bahan tersebut.

Audi-RSCarbonPack-11

Imej luaran kedua-dua model ini diserlahkan lagi dengan kemasan aluminium matte pada jeriji hadapan dan rim aluminium bersaiz 20 inci yang 2 kg lebih ringan berbanding rim standard 19 inci. Rim terbaru itu dibuat menggunakan proses khas yang biasanya hanya digunakan untuk membuat rim kereta lumba.

Audi-RSCarbonPack-07

Bahagian dalam pula dihiasi dengan kemasan CFRP, upholsteri kulit Nappa berwarna hitam serta jahitan merah. Ciri-ciri standard model RS seperti Virtual Cockpit dengan skrin 8.3 inci dan kluster instrumen 12.3 inci dikekalkan.

Audi-RSCarbonPack-09

Kedua-dua model menggunakan enjin yang sama iaitu 2.9-liter twin-turbo V6 yang menghamburkan 450 PS dan 600 Nm. Tiada perubahan dari segi prestasi, di mana masa pecutan 0-100 km/j bagi RS4 Avant kekal pada 4.1 saat dan 3.9 saat bagi RS5 Coupe.

Audi-RSCarbonPack-05

Previous post

Subaru XV Kini Bernilai RM109,968 Dengan Kit Aero PERCUMA

Next post

Porsche Panamera Turbo S E-Hybrid Sport Turismo Lebih Praktikal

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *