Cerita Auto

Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio SUV terpantas di Nurburgring

Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio – SUV berprestasi tinggi pertama Alfa Romeo – masih belum dilancarkan lagi namun kemampuannya untuk beraksi di litar sudah pun terbukti apabila mencatat masa 7 minit 51.7 saat di Nurburgring.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Rekod tersebut sekaligus meletakkan Stelvio Quadrifoglio di tempat pertama dalam senarai SUV produksi terpantas di litar tersebut, mengalahkan Porsche Cayenne Turbo S yang mencatat masa 7 minit 59.74 saat tiga tahun lalu.

SUV berprestasi tinggi ini mempunyai ‘jantung’ aluminium dwi-turbo 2.9-liter V6 yang menghasilkan 500 hp dan 600 Nm. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan empat roda Q4. Dalam mod Race, transmisi itu mampu melakukan penukaran gear dalam hanya 150 milisaat.

170929_Alfa-Romeo_Stelvio_12

Antara teknologi yang dimuatkan dalam model ini termasuklah pemilih Alfa DNA Pro dengan mod Race, sistem pemvektoran tork, suspensi adaptif talaan Quadrifoglio serta sistem penyahaktifan silinder enjin. Ia juga boleh dimiliki dengan beberapa komponen pilihan termasuk tempat duduk Sparco dan brek karbon seramik Brembo.

Rekod terbaru ini dicatatkan oleh Fabio Franco, pemandu sama yang mencatat masa 7 minit 32 saat di Nurburgring dengan memandu Giulia Quadrifoglio. Bagi tujuan ini, SUV tersebut dilengkapi dengan roll cage dan tayar Pirelli.

Previous post

Maserati Ghibli Dari RM518,000

Next post

Toyota Dan Mazda Akan Menghasilkan Kereta EV Bersama

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *