Berita Auto

Toyota Hilux dan Sienta Kini Boleh Didapati Dengan Lebih Banyak Aksesori

UMW Toyota Motor (UMWT) telah memperkenalkan pakej aksesori baharu bagi menyerlahkan lagi penampilan Hilux dan Sienta. Aksesori yang ditawarkan adalah TRD Aerokit bagi Hilux Double Cab (generasi terkini) serta ciri Tailgate Assist bagi Hilux baharu dan model generasi sebelumnya. Sienta pula mendapat Aerokit.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Selain itu, syarikat itu juga menawarkan unit SmartTAG yang direka khas untuk kenderaan Toyota di mana ia boleh disambungkan kepada bateri kenderaan dan disimpan di bahagian konsol tengah. Ia dijual pada harga RM329 termasuk GST dan boleh dipasang pada semua model Toyota semasa.

Smart Tag 1

Dengan harga RM4,800, Aerokit TRD unntuk Hilux merangkumi lima bahagian iaitu gril hadapan, pelindung bawah bampar hadapan, over fendersskid plate serta tombol gear. Pemilik Hilux 2.8G juga boleh memilih untuk mendapatkan rim aloi 18 inci TRD dengan nat eksklusif dengan kos tambahan.

Bagi Sienta pula, MPV itu kini boleh didapati dengan Aerokit berharga RM2,950. Ia mempunyai tiga bahagian – spoiler bampar hadapan yang sporty, serta skirt sisi pada bahagian kiri dan kanan.

Sienta-Aerokit

Semua aksesori untuk Hilux telah direka khas oleh TRD Asia dan mempunyai standard yang sama dengan kenderaan Toyota. Pemilik Hilux dan Sienta sedia ada boleh membeli aksesori tersebut yang akan dipasang di pusat servis Toyota oleh kakitangan terlatih.

Ciri Tailgate Assist telah dibangunkan selepas menerima maklum balas dari pelanggan yang inginkan tailgate yang mudah dibuka dan ditutup. Jurutera Toyota telah mereka unit spring/peredam tambahan yang boleh mengurangkan berat tailgate sebanyak 95%.

Tailgate 3

Berharga RM985 (termasuk GST), ia boleh dipasang pada Hilux semasa dan pada varian Double Cab bagi model 2005 hingga 2016. Pemasangan akan dibuat di pusat servis UMWT. Semua aksesori didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000 km.

Previous post

Kode 0 - Rekaan Unik Ken Okuyama

Next post

BMW Menggunakan Gentian Karbon Dari Awal Lagi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *