Cerita Auto

TopMark Dijenamakan Semula Sebagai ‘Toyota TopMark’

TopMark, divisi kenderaan pra-milik UMW Toyota Motor akan dijenamakan semula sebagai Toyota TopMark bermula bulan ini. Ini mencerminkan tumpuan divisi itu menawarkan kenderaan pra-milik termasuk hibrid Toyota yang berkualiti sejak ia ditubuhkan pada tahun 2000.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Toyota TopMark mengekalkan reputasinya sebagai pembekal kenderaan berkualiti yang telah melalui pemeriksaan. Dengan kerjasama divisi servis dan teknikal UMW Toyota Motor, Toyota TopMark mempunyai akses kepada maklumat mengenai setiap kenderaan Toyota.

Tambahan pula, rekod servis bagi setiap kenderaan juga boleh diperiksa dan Toyota TopMark memberikan jaminan bahawa perbatuan terkumpul yang terpapar pada odometer adalah tulen dan tidak diubah.

Malahan, setiap kenderaan yang dijual oleh Toyota TopMark melalui pemeriksaan melibatkan 200 poin sebelum ia sedia untuk dipamerkan. Ia termasuklah pemeriksaan sistem keselamatan, tayar, serta bateri. Jika perlu, setiap komponen akan digantikan dengan alat ganti tulen Toyota. Semua pemeriksaan dilakukan di pusat servis Toyota.

Setiap kenderaan juga melalui proses pembersihan lengkap yang membuatkan ia kelihatan seperti baru. Sebagai contoh, semua tayar akan ditanggalkan dan dicuci secara berasingan manakala gerbang roda akan dibersihkan dengan detergen dan air bertekanan tinggi bagi menanggalkan kotoran. Ia kemudiannya dikemaskan dengan cat hitam. Proses ini juga melibatkan pembersihan di dalam kabin.

Toyota TopMark menawarkan jaminan enjin dan transmisi selama dua tahun atau 40,000 km. Tiada caj buruh dikenakan untuk servis berjadual pertama dan kedua yang dilakukan di pusat servis Toyota. Ia mempunyai lima outlet di Semenanjung Malaysia iaitu di Petaling Jaya, Butterworth, Johor Bahru, Kulai dan Kuantan.

 

Previous post

DNC Asiatic Jalin Usahasama Dengan Motul

Next post

Mitsubishi's Xpander Adalah Gabungan Penampilan Dan Ruang

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *