Berita Auto

Subaru BRZ 2017 Masuk Pasaran Malaysia

Pengedar sah kenderaan Subaru di Malaysia iaitu Motor Image Malaysia telah melancarkan Subaru model tahun 2017 secara rasmi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dari segi penampilan, model facelift itu menampilkan lampu LED dengan lampu nyalaan siang berbentuk C yang juga bertujuan meningkatkan tahap keterlihatan. Reka bentuk fender baharu, ekzos berkembar serta rim aluminium aloi bersaiz 17 inci dengan reka bentuk 10 jejari melengkapkan imej sporty BRZ.

17BRZ_KC_0580BP

Di dalam kabin, keselesaan dipertingkatkan dengan tempat duduk yang lebih rendah lengkap dengan kemasan Alcantara yang ‘memegang’ kedudukan pemandu ketika mengambil selekoh. Utiliti juga ditambahbaik dengan kerusi belakang yang boleh dilipat untuk memuatkan satu set tayar lumba atau dua beg golf.

17BRZ_KC_0400BP-AUTO

BRZ dikuasakan oleh enjin boxer 2.0-liter empat silinder yang menghasilkan 200 PS dan 205 Nm. Kecekapan bahan api berada pada tahap 7.8 l/100 km bagi versi manual enam kelajuan dan 7.1 l/100 km bagi versi automatik enam kelajuan.

17BRZ_KC_0190BP

Pembahagian berat ala kereta sports antara gandar hadapan dan belakang memberikan lebih keseimbangan tanpa mengorbankan kestabilan dan respon stereng. Bersama-sama dengan pacuan roda belakang, limited-slip differential Torsen pada gandar belakang membolehkan kereta dikawal dengan lebih tepat di selekoh.

17BRZ_KC_0320BP

Bagi aspek keselamatan pula, BRZ dilengkapi dengan ciri-ciri seperti Hill Start Assist (HSA), Vehicle Dynamics Control dan tujuh beg udara. Sementara itu, kerangka yang diperkukuhkan dengan keluli berkekuatan tinggi memberikan lebih perlindungan kepada pemandu dan penumpang.

17BRZ_KC_0590BP

Subaru BRZ baharu boleh didapati dalam tiga warna: Crystal White Pearl (putih), WR Blue Pearl (biru) dan Pure Red (merah). Harga (atas jalan termasuk GST, tanpa insurans) bermula dari RM224,389 bagi versi manual dan RM230,749 bagi versi automatik.

Previous post

Sisma Auto Kini Pengedar Sah Volvo

Next post

Ferrari 812 Superfast Dilancarkan di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *