Gaya Hidup

Satu Lagi Nombor Plat Peribadi Rekaan Sendiri Spotted

Kalau boleh, saya sendiri mahukan nombor plat peribadi rekaan sendiri. Yang saya inginkan sangat ialah RD 55 atau pun yang baharu keluar di Perlis RQ 55. Kalau disusun semula dan dengan font yang tertentu ianya akan nampak seakan-akan ROSS. Itu nama saya, tapi sayang, nombor plate peribadi masih belum diluluskan, masih belum ada di Malaysia. Atau … ianya sudah ada??? Saya pun keliru kerana melihat kepada kekerapan nombor-nombor plate yang pelik-pelik mungkinkah ianya sudah boleh digunakan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Saya merujuk kepada website dan facebook kedua-dua Jabatan Pengangkutan Jalan dan juga Polis DiRaja Malaysia dan ini lah yang terkini:

Screen Shot 2017-08-17 at 5.28.00 PM

Nampaknya nombor plate peribadi belum ada di Malaysia.  Yang ada sekarang ialah yang dikeluarkan oleh JPJ sendiri. Malah siri nombor-nombor plat ini pun bukan plat peribadi tetapi ianya ialah plat khas yang digelar ramai sebagai siri plat nombor VANITY yang bermaksud ‘MEGAH DIRI’. Di antaranya siri nombor plat VANITY yang sudah keluar ialah, percaya atau tidak, VIP … dan juga GT, G1M, PATRIOT, BAMbee, 1M4U, PERFECT dan banyak lagi.

Sedangkan yang dibawah ini dianggap salah apatah lagi yang disusun semula mengikut cita rasa sendiri.

Screen Shot 2017-08-17 at 6.13.21 PM

Cara mempamerkan no.plat kenderaan ini adalah salah. Elakkan daripada menggunakannya. *Dilarang menampal sebarang bentuk tulisan lain, selain no.pendaftaran di papan plat dan perlu menggunakan font “Arial Bold” Rujuk Akta dan Kaedah APJ : Nombor Pendaftaran Mengikut Jadual Ketiga, Kaedah 6, Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor Layari www.jpj.gov.my untuk info lanjut.

 

 

Previous post

Laporan Separuh Tahun Geely Auto dikeluarkan, Hasil Meningkat 118% kepada RMB 39.424 Bilion

Next post

Honda CR-V Baharu Terima Penarafan 5 Bintang ASEAN NCAP

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *