Berita Auto

Porsche Cayenne Kini Dengan Enjin 2.9 Biturbo V6

Porsche telah memperkenalkan Cayenne baharu di satu majlis di  Stuttgart-Zuffenhausen. Model generasi ketiga itu telah dibangunkan semula sepenuhnya dan kini menggabungkan lebih prestasi dan kebolehgunaan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Selain daripada enjin turbo baharu, Cayenne kini dilengkapi dengan kotak gear lapan kelajuan Tiptronic S, sistem casis baharu serta paparan Porsche Advanced Cockpit versi terkini. Walaupun mempunyai lebih banyak kelengkapan standard, SUV tersebut adalah 65 kg lebih ringan berbanding model terdahulu.

P17_0708_a5_rgb

Cayenne akan dilancarkan dengan dua pilihan enjin pengecas turbo petrol enam silinder – 3.0-liter dengan 340 hp bagi varian Cayenne dan 2.9-liter biturbo dengan 440 hp bagi Cayenne S. Dilengkapi dengan pakej Sport Chrono, Cayenne S mempunyai kebolehan untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam kurang lima saat dengan kelajuan maksimum 265 km/j.

???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Dibina berasaskan model 911, Cayenne didatangkan dengan tayar dengan saiz berbeza dan kawalan stereng gandar belakang untuk pertama kalinya. Kebolehannya juga dipertingkatkan dengan ciri-ciri seperti pacuan semua roda, kawalan casis 4D, suspensi udara, Porsche Dynamic Chassis Control (PDCC) dan Porsche Surface Coated Brake (PSCB).

P17_0705_a5_rgb

Previous post

Bentley Continental GT Generasi Ketiga Sudah Tiba

Next post

Kia Shooting Brake Concept Mencabar Aston Martin & Porsche Concepts

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *