Sukan

Lamborghini Huracan GT3 Cemerlang di Amerika Utara dan Eropah

Lamborghini Huracan GT3 terus meraih kejayaan demi kejayaan di peringkat antarabangsa, sekaligus mengesahkan kebolehpercayaan produk keluaran syarikat dari Itali itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Beberapa khabar gembira datangnya dari kejohanan GT di Amerika Utara dan Eropah menerusi pasukan-pasukan pelanggan Lamborghini yang bertanding di IMSA WeatherTech SportsCar Championship dan Blancpain GT Series.

Di Amerika Utara, kemenangan pertama musim ini bagi Huracan GT3 dikecapi di VIRginia International Raceway, melalui kereta #16 dari Change Racing yang mencatat masa terpantas dalam kedua-dua sesi dan mendapat petak pertama dalam kelas GTD. Selepas berlumba selama lebih 2 jam (92 pusingan), Jeroen Mul dan Corey Lewis berjaya menamatkan saingan di hadapan Audi R8 LMS dan BMW M6 GT3.

?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Keputusan cemerlang turut dicapai di Eropah, lebih tepat lagi di Hungaroring yang menjadi hos Blancpain GT Series pusingan kelapan. Grasser Racing Team berjaya meraih dua kedudukan podium pada hujung minggu tersebut: tempat kedua pada perlumbaan kelayakan dan tempat ketiga pada perlumbaan utama.

Keputusan itu juga membolehkan Mirko Bortolotti dan Christian Engelhart mendahului senarai kedudukan pemandu, sementara Grasser Racing Team mengekalkan kedudukan mereka di hadapan Mercedes-AMG dan Bentley dengan perlumbaan masih berbaki dua pusingan lagi.

?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Previous post

Dua Model Baru Sertai Barisan SUV Premium Mercedes-Benz

Next post

Siri TCR Asia 2017: Kusiri Menang Berganda di Shanghai

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *