Gaya Hidup

Kenderaan Idaman Pelanggan Amerika Syarikat ialah Porsche

Porsche telah mempertahankan kedudukannya di kalangan pelanggan AS. Ini adalah hasil konklusif dari kajian “Automotive Performance, Execution and Layout (APEAL) ke-22 yang dikendalikan oleh Institut penyelidikan pasaran AS J.D. Power.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101Untuk kali ke-13 berturut-turut, pengeluar kereta sport ini telah menduduki kedudukan teratas keseluruhan, bermakna Porsche merupakan jenama kenderaan yang paling disukai pemandu di Amerika Syarikat. Model Porsche 911, Cayenne dan Macan juga mengambil kedudukan teratas dalam kategori mereka. Lebih daripada 69,000 pemilik kereta baru mengambil bahagian dalam kaji selidik menilai 243 model dari 33 pengeluar dalam 10 kategori.

Untuk kali ketiga berturut-turut, Macan telah mengambil tempat teratas dalam segmen “Compact Premium SUV” kategori ranking APEAL. Cayenne, juga mendapat markah yang tinggi, yang memberinya tempat pertama dalam segmen “Midsize Premium SUV” untuk kali keenam sejak tahun 2011. Selain itu, Porsche 911 mengumpulkan mata paling banyak dalam kelasnya dan dianugerahkan  “Highest Ranked Appeal”  dalam kategori “Midsize Premium Sporty Car”.

Previous post

Bagaimana Lencana 911 Turbo S Exclusive Series Dibuat

Next post

VIDEO: Reka Bentuk Volkswagen T-Roc

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *