Berita Auto

Hyundai Tucson Varian Diesel Dilancarkan di Malaysia

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengembangkan lagi barisan model SUV-nya dengan pelancaran varian baru iatu Tucson 2.0L CRDI yang menggunakan rangkaian kuasa turbodiesel untuk prestasi menyerlah serta penjimatan bahan api.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dengan pelancaran ini, barisan model Tucson kini mempunyai tiga varian iaitu 2.0L Elegance (RM126,188), 1.6L Turbo GDI (RM145,588) dan 2.0L CRDI (RM155,788). Ketiga-tiga varian telah mendapat status kenderaan cekap bahan api (EEV) daripada kerajaan Malaysia.

2.0_CRDI_DIESEL_ENGINE

Dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan, varian baharu ini mempunyai jumlah kuasa sebanyak 178 PS dan 400 Nm tork dari 1,750 hingga 2,750 rpm, dengan kelajuan maksimum 201 km/j yang dicapai dalam masa 9.3 saat. Enjin diesel CRDI siri-R itu mempunyai tahap pelepasan CO2 berjumlah 186 gram bagi setiap 100 km.

TUCSON 2016 - INTERIOR

Antara ciri kemudahan baharu yang disertakan bersama varian ini termasuklah lampu hadapan LED dengan static bending lights, fungsi Auto Hold serta tailgate automatik yang boleh dibuka dengan hanya mendekatkan kunci pada kenderaan.

TUCSON 2016 - TRIP COMPUTER (2)

Aksesori pilihan seperti tiga pakej kemasan kulit (hitam, merah atau putih), kit badan serta rim 19 inci juga boleh didapati dengan varian 2.0L CRDI. Sementara itu, varian 2.0L Elegance turut menerima beberapa penambahbaikan seperti lampu kabus dan lampu nyalaan siang.

Tucson 2.0 CRDI Diesel Optional 19-inch rims

 

Previous post

Sejarah Porsche Boxster

Next post

Guru Bertuah Pemilik Perodua Axia ke-250,000

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *