Berita Auto

Honda CR-V Baharu Terima Penarafan 5 Bintang ASEAN NCAP

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa CR-V serba baharu telah menerima penarafan lima bintang dengan markah keseluruhan 88.80 dalam sistem penilaian ASEAN NCAP yang baharu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

CR-V merupakan model pertama yang dipilih untuk menjalani penilaian terbaru itu. Penarafan lima bintang tersebut adalah untuk semua varian CR-V, yang dilancarkan di Malaysia pada pertengahan Julai lalu.

Anugerah disampaikan pada satu majlis yang diadakan di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) di Kajang, Selangor. Sistem penarafan terbaru itu merangkumi tiga perkara utama iaitu Perlindungan Penumpang Dewasa (Adult Occupant Protection, AOP), Perlindungan Kanak-kanak (Child Occupant Protection, COP) serta Teknologi Bantuan Keselamatan (Safety Assist Technologies, SATs).

???????????????????????????????

CR-V generasi kelima ini mendapat 47.25 mata bagi AOP, 22.84 mata bagi COP dan 18.71 mata bagi SATs. Ini merupakan kali kedua CR-V diberi penarafan lima bintang sejak pengenalan ASEAN NCAP pada 2011. Pada 2014, CR-V generasi keempat mendapat lima bintang bagi AOP dan 86% bagi COP.

CR-V baharu menampilkan ciri Honda Sensing dan LaneWatch, yang mana kedua-duanya dinilai di bawah protokol baharu dan mendapat mata dalam kategori Bantuan Keselamatan. Selain itu, SUV itu turut menampilkan ciri-ciri seperti enam beg udara, Vehicle Stability Assist (VSA) dengan Agile Handling Assist (AHA), Hill Start Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS), Electronic Brake Distribution (EBD), kamera belakang, serta struktur badan dengan teknologi ACE dan G-Force Control.

 

Previous post

Satu Lagi Nombor Plat Peribadi Rekaan Sendiri Spotted

Next post

Jejak Makan || ROSS || Eat Beat Ep 38 - Moorthy's Mathai Banana Leaf Restaurant

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *