Berita Auto

Guru Bertuah Pemilik Perodua Axia ke-250,000

Puan Isma Nurul Farhana binti Ishak langsung tidak menyangka bahawa beliau akan mendapat Perodua Axia unit yang ke-250,000 di Malaysia menerusi tempahan yang dibuat dua minggu lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dalam acara ringkas pada 5 Ogos 2017 di Alor Setar, Puan Isma, suaminya, Encik Ismail Din, dan anak mereka, Isma Abdul Hadi Ismail telah menerima replika kunci, sejambak bunga dan hadiah saguhati kerana telah menjadi pelanggan bertuah Perodua.

“Kami amat tertarik dengan Axia. Pada awal tahun ini, kami ada meminjam dan memandu ke Cameron Highlands dan kami kagum dengan kestabilan, kecekapan bahan api dan rupa bentuk kenderaan ini,” kata Ismail Din.

Keluarga ini yang menetap di Pulau Langkawi (yang merupakan zon bebas cukai) memilih Axia berbanding kenderaan keluaran jenama lain.

“Di Pulau Langkawi, Axia antara kenderaan yang menjadi pilihan penduduk tempatan dan pelancong antarabangsa,” kata Ismail.

Perodua Axia Facelift Launch 06

Axia dikuasakan oleh enjin VVT-I yang mampu bergerak sehingga 22.5 km bagi setiap liter bahan api dalam mod Eco. Ia juga telah dianugerahkan penarafan 4-bintang oleh ASEAN NCAP yang setanding dengan piawaian keselamatan antarabangsa.

“Kami gembira dan terharu dengan sambutan hangat oleh rakyat Malaysia untuk Perodua secara amnya dan bagi Axia khususnya,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, YBhg Dato’ Dr. Zahari Husin.

“Dalam masa lebih dari 3 tahun, kami telah menyerahkan suku juta Axia, yang mana ini merupakan peristiwa penting buat kami,” katanya.

Beliau juga berkata bahawa pencapaian 250,000 ini menunjukkan keyakinan rakyat Malaysia dalam kualiti, kebolehpercayaan dan keselamatan kenderaan tersebut.

Previous post

Hyundai Tucson Varian Diesel Dilancarkan di Malaysia

Next post

Kunjungi Volkswagen Fest 2017 Hujung Minggu Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *