Cerita Auto

Ferrari 812 Superfast Dilancarkan di Malaysia

Naza Italia telah melancarkan Ferrari 812 Superfast di satu majlis yang diadakan di Zebra Square, Kuala Lumpur pada hari ini. Ia merupakan supercar terbaru jenama itu yang menggunakan enjin hadapan V12 dan telah membuat penampilan sulungnya di Geneva Motor Show pada bulan Mac tahun ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pengganti kepada model F12berlinetta dan F12tdf ini menggunakan khidmat enjin 6.5-liter V12 yang menghasilkan 780 hp pada 8,500 rpm dan 718 Nm tork pada 7,000 rpm, yang mana 80 peratus daripada jumlah itu terhasil pada tahap 3,500 rpm.

Ferrari 812 Superfast 02

Menurut Ferrari, kuasa tersebut dicapai dengan penggunaan sistem suntikan terus berkapasiti 350 bar yang dipadankan dengan Variable Geometry Intake yang diinsipirasikan oleh enjin beraspirasi semulajadi F1.

???????????????????????????????

Seperti namanya, 812 Superfast mampu memecut dari 0 – 100 km/j dalam 2.9 saat dan mencapai kelajuan maksimum melebihi 340 km/j. Ia menggunakan khidmat transmisi dwi-klac tujuh kelajuan yang mempunyai nisbah gear spesifik untuk tindak balas pendikit yang serta merta.

???????????????????????????????

812 Superfast merupakan model Ferrari pertama yang menggunakan Electric Power Steering (EPS) yang, bersama-sama dengan ciri Side Slip Control (SSC) versi 5.0, meningkatkan kelincahannya ketika berhadapan dengen selekoh-selekoh tajam.

Ferrari 812 Superfast 04

Bagi pasaran Malaysia, 812 Superfast dilancarkan dengan harga asas RM1,578,800 tanpa duti dan kos tambahan.

 

Previous post

Subaru BRZ 2017 Masuk Pasaran Malaysia

Next post

Audi Perkenal Sistem Penamaan Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *