Cerita Auto

Bentley Continental GT Generasi Ketiga Sudah Tiba

Bentley telah mengumumkan perincian bagi Continental GT 2019. Seperti keluaran sebelum ini, model generasi ketiga ini menggabungkan prestasi, kemewahan dan teknologi canggih yang sudah menjadi trademark jenama Britain itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Continental GT baharu ini masih mengekalkan reka bentuk luaran yang menjadikannya popular, namun ia kini dilihat lebih kemas seperti kereta konsep EXP 10 Speed 6 yang diperkenalkan dua tahun lalu. Selain 80 kg lebih ringan, ia mempunyai profil yang lebih panjang dan rendah dengan tayar hadapan diletakkan 135 mm lebih jauh di hadapan.

New Continental GT - 36

Apa yang lebih menarik, permukaan aluminium model ini diproses menggunakan teknologi Super Formed, di mana aluminium tersebut dipanaskan sehingga 500°C bagi mendapatkan bentuk dan garis badan yang lebih kompleks.

New Continental GT - 20

Bahagian kabin Continental GT membuktikan kepakaran Bentley dalam memanfaatkan sepenuhnya bahan-bahan berkualiti tinggi seperti kulit, kemasan kayu dan krom. Model ini menggunakan 10 meter persegi kayu yang mengambil masa sembilan jam untuk dipasang. Ia juga mempunyai tempat duduk dengan 20 cara pelarasan serta fungsi penyejuk, pemanas dan urutan.

New Continental GT - 28

Pelanggan boleh memilih antara tiga sistem audio – standard dengan 10 pembesar suara, Bang & Olufsen 1,500 W dengan 16 pembesar suara serta Naim 2,200 W dengan 18 pembesar suara dengan ciri Active Bass Transducers yang diintegrasikan ke dalam tempat duduk hadapan.

New Continental GT - 31

Dari aspek teknikal, Continental GT dikuasakan oleh enjin 6.0-liter W12 yang menghasilkan 635 PS dan 900 Nm. Dengan transmisi automatik lapan kelajuan, ia hanya memerlukan 3.7 saat untuk memecut sehingga 100 km/j dan boleh mencapai kelajuan maksimum 333 km/j. Untuk aksi pecutan, pemandu boleh menggunakan mod Sport Launch.

New Continental GT - 14

Model ini menggunakan Bentley Dynamic Ride, sistem kawalan gulingan 48-volt yang bertanggungjawab mengawal anti-roll bar pada setiap gandar untuk meningkatkan aspek pengendalian dan keselesaan. Electric Power-Assisted Steering (EPAS) pula memastikan pemandu mendapat maklum balas lebih tepat daripada kereta.

New Continental GT - 12

Model ini akan membuat penampilan pertama di peringkat global di Frankfurt Motor Show bermula 12 September ini.

Previous post

BHPetrol Hadiahkan 60 Pemenang Bertuah Dengan Syiling Emas Bertemakan Merdeka

Next post

Porsche Cayenne Kini Dengan Enjin 2.9 Biturbo V6

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *