Cerita Auto

Beli Toyota Baharu dan Menangi Vios Sports Edition atau Lawatan ke Tokyo Motor Show

Pelanggan yang membeli kenderaan Toyota baharu akan berpeluang untuk memenangi sebuah Vios Sports Edition atau lawatan ke Tokyo Motor Show 2017 di Jepun.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Peraduan Beli & Menang yang berakhir pada 30 September itu menawarkan dua unit Vios Sports Edition untuk dimenangi dan 45 lawatan untuk dua orang ke Tokyo Motor Show.

UMW Toyota Motor juga menawarkan rebat tunai bernilai sehingga RM5,000 (bergantung kepada model) bagi setiap pembelian Vios. Camry. Hilux Double Cab, Corolla Altis, Fortuner, Sienta dan Avanza. Selain daripada rebat tunai, mereka yang membeli Vios akan mendapati aksesori bernilai RM4,000 manakala pembeli Corolla Altis akan mendapat aksesori bernilai RM5,700 yang akan disertakan tanpa kos tambahan.

Bersempena dengan sambutan hari Merdeka, pembeli Vios baharu juga akan menikmati ganjaran istimewa bernilai RM500. Graduan juga mampu mendapatkan Vios baharu dengan mudah menerusi Toyota Easy GradSCHEME dengan bayaran ansuran serendah RM675 sebulan.

Bernilai RM85,000, Vios Sports Edition merupakan versi eksklusif yang diinspirasikan oleh jentera lumba yang akan digunakan semasa Vios Challenge yang akan bermula pada 12 dan 13 Ogos ini di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. Selain daripada pelekat dan aerokit, ia juga dilengkapi dengan pakej suspensi sports yang meningkatkan pengendalian.

 

Previous post

Mitsubishi Motors Malaysia Panggil Semula Pajero, Pajero Sport dan ASX

Next post

BMW Bakal Perkenalkan 3 Motosikal Baharu di Pusingan Kelayakan GS Trophy 2017 di Sepang

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *