Cerita Auto

Audi Perkenal Sistem Penamaan Baharu

Audi akan menggunakan sistem penamaan baharu bagi setiap model keluarannya. Nama-nama model sedia ada seperti A1 dan Q7 dikekalkan, namun setiap kenderaan akan mendapat gabungan dua nombor yang merujuk kepada jumlah kuasa dalam unit kilowatt (kW). Sistem baharu ini akan digunakan untuk kenderaan Audi dengan enjin pembakaran serta model e-tron dengan pemanduan elektrik dan hibrid.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Langkah ini membolehkan Audi mengklasifikasikan barisan model mereka mengikut tahap prestasi. Sebagai contoh, nombor “30” akan digunakan bagi model-model yang mempunyai kuasa antara 81 dan 96 kW (109 dan 129 hp) manakala nombor “45” pula untuk kuasa antara 169 dan 185 kW (227 dan 248 hp). Model dalam kelas prestasi yang menghasilkan lebih 400 kW (536 hp) pula akan mendapat nombor “70”. Setiap nombor akan diikuti dengan teknologi enjin yang digunakan – TFSI, TDI, g-tron atau e-tron.

Berdasarkan sistem penamaan baharu ini, barisan model Audi akan bermula dengan Q2 30 TFSI dengan 85 kW (114 hp) hingga ke Q7 50 TDI dengan 200 kW (268 hp). Bagaimana pun, model-model istimewa S, RS dan R8 akan mengekalkan nama masing-masing.

Penggunaan sistem penamaan baharu ini akan dimulakan dengan A8 generasi baharu dengan varian A8 50 TDI yang mempunyai enjin 3.0 TDI dengan 210 kW (282 hp) dan A8 55 TFSI yang mempunyai enjin 3.0 TFSI dengan 250 kW (335 hp).

 

Previous post

Ferrari 812 Superfast Dilancarkan di Malaysia

Next post

Isuzu Versi Artik 1.9 Berkuasa Diesel

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *