Motosikal

Yamaha NVX Rasmi Dilancarkan di Malaysia – RM10,500

Yamaha NVX yang sangat ditunggu-tunggu telah dilancarkan secara rasmi di negara ini oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM). Skuter itu membuat kemunculan pertamanya di Malaysia di perlumbaan MotoGP di Sepang pada Oktober tahun lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Juga dikenali sebagai Aerox di pasaran-pasaran lain, NVX dikuasakan oleh enjin Blue Core 155 cc silinder tunggal dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA). Enjin tersebut menghasilkan 14.8 hp pada 8,000 rpm dan 13.8 Nm tork pada 6,250 rpm yang kemudiannya disalurkan ke roda belakang melalui transmisi tali sawat V-automatik.

NVX Blue 7

Menurut HLYM, NVX menjadi model Yamaha pertama di negara ini yang menerima status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

STOPSTARTSYSTEM

Dari segi kelengkapan, skuter tersebut dilengkapi dengan lampu LED depan dan belakang, paparan digital 5.8 inci, ruang simpanan sebesar 25 liter serta ruang simpanan mini dengan soket elektrik untuk mengecas gajet. Juga disertakan adalah sistem Smart Key dengan fungsi ‘keyless start’ serta ‘immobilizer’.

SPORTY REAR SUSPENSION

Sesuai dengan kuasa dan reka bentuknya yang sporty, NVX turut didatangkan dengan fork hadapan bersaiz 26 mm, suspensi berkembar di bahagian belakang dan juga ABS sebagai standard. Ia juga menggunakan tayar tanpa tiub bersaiz 110/80-14M/C 53P (depan) dan 140/70-14M/C 62P (belakang).

????????

Skuter NVX ini boleh menjadi milik anda dengan harga bermula dari RM10,500 (termasuk GST). Ia boleh didapati dalam warna biru, merah atau hitam.

 

 

Previous post

Peluang Terakhir Untuk Dapatkan Renault Captur Pada Harga RM98,000

Next post

Perancis Mahu Menjadi Ekonomi Hijau No. 1 Menjelang 2040

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *