Gaya Hidup

Volkswagen Passat Comfortline PLUS dan Trendline PLUS Kini Disini

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini memperkenalkan dua penambahan baru kepada keluarga Passat, Trendline PLUS dan Comfortline PLUS.

Dengan peningkatan penampilan dan persembahan dalaman, Passat PLUS menambah sentuhan sportier kepada sedan D-segmen Volkswagen yang sudah popular. Bukti kepada kemampuan dan kebaikan, pengenalan ini lebih menekankan komitmen VPCM dalam memberikan tambahan nilai kepada para pelanggannya.

Passat PLUS datang dengan kerusi kulit mewah , roda aloi Istanbul 17 ” dan tint tingkap bernilai RM8,000 untuk Trendline, sementara peningkatan bergaya untuk Comfortline dengan roda aloi Monterey 18″ dan tint tingkap, bernilai RM12,000.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Untuk masa yang terhad sehingga 30 September 2017, Passat PLUS ditawarkan dengan kadar faedah khas dari serendah 0.88% ke atas pinjaman sewa beli dengan tempoh lima hingga sembilan tahun. Untuk memberikan ketenangan yang maksimum kepada para pelanggan, seluruh julat Passat, termasuk PLUS, juga dilengkapi dengan penyelenggaraan percuma 5 tahun, atau 75,000km (mana yang lebih awal) dengan pendaftaran pada 30 September 2017.

Varian Passat PLUS masing-masing dikuasakan oleh enjin TSI turbocharged 1.8L dengan 7-speed direct shift gearbox (DSG) untuk memberikan output 180PS dan tork 250Nm  antara 1,250 hingga 5,000rpm, dengan penggunaan bahan api yang kira-kira 5.7l / 100 km.

The Passat Trendline PLUS dijual dengan harga RM144,990, manakala Passat Comfortline PLUS ialah RM169,980.

Untuk maklumat lanjut layari:
https://www.volkswagen.com.my/passat/passat-plus

Previous post

Mercedes-Benz Bina G-Class Yang Ke 300,000

Next post

Yamaha MT-09 Tracer CKD Kini Di Pasaran

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *