Berita Auto

Toyota CH-R Akan Tampil di Festival Toyota Gazoo Racing Ogos Ini

Orang ramai boleh melihat Toyota CH-R baharu dengan lebih dekat tidak lama lagi apabila UMW Toyota Motor akan mula mempamerkan model tersebut di bilik pameran serta lokasi terpilih di Semenanjung Malaysia bermula bulan hadapan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

SUV kompak yang dinanti-nantikan itu dijanakan oleh enjin 1.8-litre Dual VVTi yang dipadankan dengan CVT dengan sequential shifter.

Selain daripada ruang kabin mewah, CH-R juga menampilkan pelbagai ciri keselamatan termasuk Rear Cross Traffic Alert (RTCA), puddle lights pada cermin sisi serta lampu hadapan dengan fungsi Follow Me Home.

C-HR Rear

CH-R akan mula dipamerkan di festival Toyota Gazoo Racing (TGR) pada 12 dan 13 Ogos di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. Selepas itu, ia akan dipamerkan di bilik pameran Toyota Subang Jaya (16 – 22 Ogos), Mid Valley (23 – 27 Ogos), Sunway Pyramid (4-10 Sept) dan lokasi-lokasi lain di sekitar Semenanjung Malaysia.

Previous post

Moto Guzzi V9 Bobber Masuk Pasaran Malaysia

Next post

Honda Mula Jual Civic Di Jepun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *