Motosikal / Lain Lain Roda

Tiket MotoGP dan Pelbagai Hadiah Menanti Penunggang Motosikal di Siri Jelajah Shell Advance

Berita baik untuk pemilik motosikal di seluruh negara, terutamanya bagi mereka yang meyakini Shell Advance untuk mendapatkan perlindungan pelinciran bagi enjin motosikal mereka!

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Shell Advance akan mengadakan siri jelajah di serata Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak selama 4 bulan dari 7 Julai hingga 29 Oktober 2017 untuk berinteraksi dengan para penunggang tegar.

Siri jelajah ini, yang menandakan permulaan kempen jenama baru Shell Advance bertema ‘Redah Segalanya’, akan diadakan di tempat-tempat yang popular di kalangan penunggang motosikal seperti bengkel motosikal, pusat membeli-belah dan pasaraya besar. Pelbagai acara menyeronokkan dan barangan, termasuklah tiket ke MotoGP Shell Malaysia 2017, menanti para pengunjung di setiap lokasi. Untuk mendapatkan senarai lengkap lokasi, sila ke www.shell.com.my/advanceroadshow.

Shell Advance Brand Manager Cheong Su Lin doing an 'elbow down' pose

 

Siri jelajah ini juga membawa cabaran khas ‘elbow down’ di mana pengunjung boleh bergambar dengan menampilkan pelbagai gaya di atas motosikal berkuasa tinggi dan memuat naik gambar tersebut ke media sosial bagi melayakkan mereka mencuba nasib di ‘wheel of fortune’ untuk memenangi hadiah segera.

Mereka yang membeli mana-mana produk Shell Advance semasa siri jelajah tersebut juga layak untuk menyertai cabaran ujian masa simulator motosikal. Sepuluh peserta dengan masa terbaik di setiap lokasi pertunjukan bergerak akan memenangi dua tiket ke MotoGP Malaysia 2017.

Mereka yang membeli mana-mana produk Shell Advance Ultra, AX 7 dan AX 5, layak menyertai peraduan di mana mereka berpeluang untuk memenangi lima topi keledar Shark bernilai RM1,250 setiap satu.

Trying out the bike simulator at the Shell Advance roadshow

Program latihan khas dan insentif untuk mekanik

Siri jelajah pada tahun ini juga telah dirancang untuk mempertingkatkan kemahiran mekanik motosikal dan memberi insentif kepada mereka yang mempunyai keinginan dan komitmen untuk memperbaiki diri mereka.

Jurulatih profesional akan mengadakan sesi latihan secara langsung di lokasi-lokasi terpilih untuk membantu mekanik dari jaringan bengkel rakan Shell Advance untuk meningkatkan pengetahuan dan kepakaran mereka.

Latihan ini merupakan sebahagian daripada siri Masterclass Shell Advance eksklusif untuk memberi panduan kepada mekanik mengenai cara-cara untuk menyenggarakan sembilan komponen utama motosikal dengan betul.

Mekanik berdaftar yang berjaya menghabiskan kesemua lapan modul menjelang 30 September 2017 akan diberi dua tiket ke MotoGP sebagai insentif beserta sijil dari Shell Malaysia.

Menurut Pengurus Pemasaran Shell Lubricants – Malaysia dan Singapura, Alex Lim, syarikat tersebut merancang untuk membantu mempertingkatkan kemahiran hampir 2,400 orang mekanik, yang kebanyakannya memperolehi kemahiran mereka dengan cara belajar sendiri atau semasa bekerja.

Previous post

Mercedes-Benz Malaysia Jual 5,913 Unit Kenderaan Pada Separuh Pertama 2017

Next post

Pautan Peta Google Untuk Setiap Stesen BHPetrol Euro 5 Diesel di Johor

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *