Motosikal / Lain Lain Roda

SM Sport 110R Sertai Pasaran Kapcai Tempatan

Pengeluar motosikal berpangkalan di Pulau Pinang iaitu MForce Bike Holdings telah melancarkan SM Sport 110R baharu, yang merupakan kapchai ‘entry level’ yang disasarkan kepada mereka yang mencari pengangkutan yang mampu milik, bergaya dan tahan lama.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

SM Sport adalah jenama motosikal tempatan baru milik MForce Bike Holdings, yang juga merupakan pengedar motosikal SYM, Benelli dan Keeway. Dibangunkan dengan kerjasama Qian Jiang Motorcycle (pemilik jenama Benelli), 110R mengandungi 30% bahan tempatan dan jumlah tersebut akan dipertingkatkan kepada 60% pada masa akan datang.

110R menampilkan enjin sejukan udara SOHC berkapasiti 109 cc yang menghasilkan 6.4 hp dan 7 Nm tork. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi empat kelajuan.

110R red

Antara ciri-ciri yang disertakan pada 110R termasuk lampu nyalaan siang, lampu isyarat LED depan dan belakang, sistem suspensi Kayaba (KYB), ruang menyimpan barang 10 liter lengkap dengan port USB, suis kunci keselamatan serta tayar tanpa tiub.

Boleh didapati dalam warna Bumblebee Yellow (kuning), Ocean Blue (biru) dan Ruby Red (merah), SM Sport 110R dijual dengan harga RM3,788 (tanpa GST) dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km.

03

Menurut Pengurus Besar Mforce Bike Holdings, Asri Ahmad, syarikat itu kini merancang untuk mengeksport 110R serta model-model lain ke Indonesia, Singapura, Sri Lanka, Taiwan dan negara-negara Asia lain tidak lama lagi. Beliau menambah bahawa pelbagai model SM Sport baru juga dalam perancangan.

Previous post

MPV Mitsubishi Bakal Muncul di GIIAS 2017

Next post

Jaguar XJR575 Capai 100 Km/j Dalam Hanya 4.4 Saat

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *