Cerita Auto

Setiap Kereta Volvo Akan Dilengkapi Dengan Motor Elektrik Bermula 2019

Volvo hari ini mengumumkan bahawa bermula dari tahun 2019, setiap kenderaan keluarannya akan dilengkapi dengan motor elektrik.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Pengumuman ini menandakan berakhirnya kereta berkuasa enjin pembakaran semata-mata,” kata Håkan Samuelsson, presiden dan ketua eksekutif Volvo.

“Volvo Cars telah menyatakan bahawa ia merancang untuk menjual sebanyak 1 juta kenderaan elektrik menjelang 2025. Kami benar-benar maksudkannya. Ini adalah cara kami lakukannya.”

Volvo electric

Pengeluar kereta dari Sweden itu akan memperkenalkan satu portfolio kereta elektrik yang terdiri daripada kereta elektrik sepenuhnya, hibrid plug-in serta hibrid. Sasarannya adalah untuk melancarkan lima kenderaan elektrik sepenuhnya antara 2019 dan 2021. Tiga daripadanya adalah model Volvo manakala dua lagi adalah kereta elektrik berprestasi tinggi keluaran Polestar.

Selain itu, Volvo akan turut menawarkan pilihan versi hibrid plug-in diesel dan petrol, serta hibrid 48 volt bagi kesemua modelnya.

Volvo electric 03

“Ini adalah untuk pelanggan. Permintaan terhadap kereta elektrik oleh orang ramai semakin meningkat dan kami mahu memberikan respon terhadap keperluan semasa dan masa hadapan pelanggan kami. Anda kini boleh mendapatkan mana-mana kenderaan elektrik Volvo pilihan anda,” tambah Samuelsson.

https://www.youtube.com/watch?v=C69BPByy01o

 

Previous post

Menangi Tiket Upacara Pembukaan Sukan SEA KL2017

Next post

Honda BR-V Lepasi Sasaran Jualan Dalam Tempoh 6 Bulan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *