Gaya Hidup

Program ‘New Power15’ Lindungi Kereta Ferrari Anda Sehingga 15 Tahun

Ferrari telah memperkenalkan New Power15, sebuah program jaminan lanjutan yang menyediakan perlindungan untuk kenderaan jenama itu bermula dari tarikh ia didaftarkan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pada tahun 2014, Ferrari sebenarnya telah mula menawarkan program yang mana pelanggan boleh mendapatkan jaminan lanjutan sehingga 12 tahun. Kini, syarikat itu telah melanjutkan jaminan tersebut sehingga 15 tahun bagi memberi pelanggan pakej lebih baik serta perlindungan lebih lama.

Setiap kereta Ferrari didatangkan dengan jaminan pengeluar standard selama tiga tahun bersama-sama dengan program penyelenggaraan percuma selama tujuh tahun. Jaminan pengeluar tersebut boleh dilanjutkan selama dua tahun lagi dan dari tahun keenam hingga ke-12, pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan jaminan New Power yang menyediakan perlindungan ke atas semua komponen utama.

Antara komponen yang termasuk adalah enjin, kotak gear, PTU, suspensi serta stereng. Perlindungan untuk tempoh lanjutan baru adalah selama 12 bulan dan boleh diperbaharui setiap tahun selama tiga tahun.

Jaminan lanjutan ini ditawarkan kepada pelanggan baru dan sedia ada Ferrari. Bergantung kepada pemeriksaan teknikal tertentu yang akan dijalankan, pemilik kereta yang tidak dilindungi oleh jaminan lanjutan Ferrari juga boleh mendapatkan program New Power15 ini.

Previous post

Honda Malaysia Memperkenalkan City Sport Hybrid i-DCD Baharu

Next post

Mercedes-AMG GT4 - Jentera Lumba Terbaru Dari Affalterbach

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *