Cerita Auto

Porsche 911 GT2 RS Muncul Dengan 700 HP!

Porsche dan prestasi sememangnya tidak dapat dipisahkan. Model 911 GT2 RS yang baru diperkenalkan ini menjadi bukti komitmen jenama itu dalam membawa prestasi dan pengalaman memandu ke satu tahap yang lebih tinggi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Nadi model terbaru pengeluar berpangkalan di Stuttgart ini adalah enjin ‘boxer’ 3.8-liter enam silinder dwi-turbo yang juga boleh didapati dengan model 911 Turbo terkini. Menurut Porsche, enjin tersebut mendapat pengecas turbo yang lebih besar bagi menyedut lebih banyak udara serta sistem penyejukan terbaru yang menggunakan semburan air ketika enjin beroperasi pada suhu tinggi.

Porsche 911 GT2 RS 04

Hasilnya, 911 GT2 RS mempunyai 700 hp dan 750 Nm tork yang seterusnya disalurkan ke gandar belakang menerusi transmisi dwi-klac (PDK) tujuh kelajuan, membolehkan kereta sport seberat 1,470 kg ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 2.8 saat, dengan kelajuan maksimum mencecah 340 km/j. Ini menjadikannya model 911 paling ‘power’ setakat ini.

Porsche 911 GT2 RS 06

Jumlah kuasa mengagumkan itu dipadankan dengan kawalan gandar belakang dan mod Sport untuk dinamik pemanduan yang lebih optimum. Sistem brek standard  terdiri daripada cakera seramik komposit manakala tayar pula didatangkan dalam saiz 265/35 ZR 20 di hadapan dan 325/30 ZR 21 di belakang.

Porsche 911 GT2 RS 07

Reka bentuk 911 GT2 RS memfokuskan kepada aerodinamik dengan tiga lubang ambilan udara pada bampar hadapan, insang pada fender hadapan serta ‘spoiler’ belakang yang besar. Bahagian kabin pula dilengkapi dengan kemasan Alcantara dan gentian karbon, serta sistem Porsche Communication Management (PCM) terbaru.

Porsche 911 GT2 RS 05

Untuk lebih prestasi, pelanggan boleh memilih pakej Weissach yang boleh mengurangkan berat kenderaan sebanyak 30 kg. Ia merangkumi pelbagai elemen gentian karbon dan aluminium, termasuk bumbung, ‘anti-roll bar’ serta rod gandingan yang kesemuanya diperbuat daripada gentian karbon. Roda magnesium turut disertakan.

 

 

Previous post

Proton Wira Malaysia Letrik Sepenuhnya

Next post

Nissan Grand Livina Kini Dengan Pakej IMPUL Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *