Motosikal / Lain Lain Roda

MV Agusta Malaysia Lifestyle Centre Dibuka di Batu Caves

Moto Varese Asiatic Sdn Bhd, pengedar tunggal motosikal MV Agusta di Malaysia, telah merasmikan pembukaan MV Agusta Malaysia Lifestyle Centre yang pertama di negara ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Majlis pembukaan dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohamad Dalib, Pengarah Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Raffaele Giusta, Pengarah Jualan dan Pemasaran MV Agusta Motor S.p.A, dan Hu Ying, Pengarah Eksekutif DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd.

20170716_123656(0)

Menurut Pengarah Urusan Moto Varese Asiatic, Muhammad Zamry Abu Samah, pusat tersebut akan menjadi pusat operasi rasmi bagi MV Agusta Malaysia. Selain daripada bilik pameran, ia juga menyediakan perkhidmatan selepas jualan (after sales) dan alat ganti.

MV Agusta Showroom_LowRes (11)

“Selepas jualan dan alat ganti akan diberi perhatian serius oleh MV Agusta Malaysia. Malah dengan sokongan MV Agusta Italia, kami bersetuju untuk menurunkan harga alat ganti ke tahap yang tidak membebankan pemilik,” tambah Zamry.

MV Agusta Showroom_LowRes (6)

Bagi barisan model, syarikat itu menawarkan enam model CKD iaitu Brutale 800, Brutale 1090, Brutale Dragster RR, Turismo Veloce, Turismo Veloce Lusso RC dan F4RR, dan akan membawa masuk enam lagi model menjelang akhir tahun ini. Ini tidak termasuk model-model edisi terhad yang boleh didapati menerusi permintaan khas.

MV Agusta Showroom_LowRes (8)

MV Agusta Malaysia Lifestyle Centre terletak di Kawasan Perindustrian Batu Caves dan dibuka Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 7 petang.

 

Previous post

Honda Asian Journey 2017 Diadakan Pada Oktober Ini

Next post

Adakah Audi A8 Semua Baharu Ini Akan Menetapkan Piawaian Pandu-Sendiri?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *