Motosikal / Lain Lain Roda

Moto Guzzi V9 Bobber Masuk Pasaran Malaysia

Seperti yang dijanjikan, Moto Guzzi secara rasminya telah melancarkan V9 Bobber baharu, model keempatnya yang ditawarkan di Malaysia bagi tahun 2017 selepas Vy III Stone, V7 III Roamer dan V9 Roamer. Motosikal ini berharga RM74,900 (termasuk GST).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seperti V9 Roamer, V9 Bobber bergaya retro ini turut dikuasakan oleh enjin V-twin 90° berkapasiti 850 cc. Dipadankan dengan transmisi enam kelajuan, enjin tersebut menghasilkan 55 hp pada 6,250 rpm dan 62 Nm tork seawal 3,000 rpm.

Bobber_latdx_OnBlack a

Dari segi rupa luaran, V9 Bobber tidak menggunakan kemasan krom yang berkilat dan sebaliknya memakai perincian-perincian berwarna hitam matte. Panel sisi dan tangki minyak didatangkan dalam warna hitam dengan grafik berwarna kuning atau merah matte, manakala ekzos, cermin sisi dan madgad pula berwarna matte gelap.

MG V9 Bobber (4)

V9 Bobber juga berbeza daripada V9 Roamer kerana ia mempunyai kedudukan menunggang yang sedikit membongkok dan lebih sporty. Ini dicapai menerusi penggunaan bar hendal yang lebih rendah serta tempat meletak kaki yang diletakkan 100 mm ke belakang, dan 35 mm lebih tinggi.

MG V9 Bobber (9)

Casis motosikal ini merangkumi bingkai tiub keluli berkembar untuk pengagihan berat yang optimum manakala sistem suspensi pula terdiri daripada fork hadapan dan penyerap hentak boleh laras yang disambungkan kepada kerangka motosikal. Ia juga dilengkapi dengan rim bersaiz 16 inci di kedua-dua bahagian.

MG V9 Bobber (14)

V9 Bobber menggunakan sistem brek custom yang terdiri daripada cakera 320 mm dengan kaliper empat omboh Brembo di hadapan, dan cakera 260 mm dengan kaliper dua omboh di belakang.

MG V9 Bobber (10)

Seperti model-model Moto Guzzi terkini yang lain, V9 Bobber mempunyai sistem elektronik canggih seperti ABS dan MGTC (Moto Guzzi Traction Control) yang boleh dilaraskan serta dinyahaktifkan. Lain-lain kelengkapan standard yang disertakan termasuklah immobiliser dan port USB.

MG V9 Bobber (6)

Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan MG-MP, sebuah platform multimedia Moto Guzzi yang membolehkan penunggang menyambungkan telefon pintar mereka ke Internet.

MG V9 Bobber (5)

V9 Bobber boleh didapati dalam dua warna dengan kemasan matte: Nero Massiccio dengan grafik kuning, atau Grigio Sport dengan grafik merah.

 

Previous post

Porsche Akan Berhenti Mengeluarkan Enjin Diesel

Next post

Toyota CH-R Akan Tampil di Festival Toyota Gazoo Racing Ogos Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *